
Pemilik kesal dengan sesetengah pelanggan mereka
126 Laksa Luah Kesal Pelanggan Kerap Bazir Sambal, Bakal Henti Beri Sambal Percuma. Restoran terkenal 126 Laksa telah meluahkan rasa kecewa terhadap pembaziran sambal ‘free flow’ oleh pelanggan mereka.
Dalam satu hantaran di Facebook, pihak restoran berkongsi gambar-gambar yang menunjukkan sejumlah besar sambal dan limau yang tidak dihabiskan serta dibuang begitu sahaja.

126 Laksa Luah Kesal Pelanggan Kerap Bazir Sambal, Bakal Henti Beri Sambal Percuma
126 Laksa terkenal dengan keenakan Laksa Sarawak serta boleh tambah sambal sepuas hati. Namun, pemilik restoran ini terpaksa luahkan rasa kesal terhadap sesetengah pelanggan yang membazir mengambil sambal tersebut.
Walaupun restoran tersebut memberi kebenaran untuk mengambil sambal dalam kuantiti yang banyak, mereka menekankan kepentingan untuk tidak membazir. Pengumuman tersebut dibuat selepas mendapati ramai pelanggan yang mengambil sambal dalam kuantiti yang berlebihan tetapi tidak menghabiskannya.
Dalam hantaran tersebut, pemilik restoran menyatakan kesedihan dan bakal menghentikan pemberian sambal secara percuma jika terjadi lagi pembaziran. Beliau juga berharap agar pelanggan lebih berhemah dalam mengambil sambal pada masa akan datang.
