128 permit kempen PRK Kinabatangan, Lamag dikeluarkan polis

LocalPolitics
19 Jan 2026 • 7:32 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

Polis Kinabatangan keluarkan 128 permit ceramah dan kempen untuk PRK Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag, tiada permohonan ditolak setakat ini

KINABATANGAN: Sebanyak 128 permit untuk ceramah dan kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag telah dikeluarkan setakat ini.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan Supt Ravi Duraisamy berkata permit tersebut diberikan kepada Barisan Nasional (BN), Parti Warisan dan seorang calon Bebas.

“Buat masa ini, tiada permohonan permit ditolak dan semua pihak mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan,” katanya.

Ravi berkata pihak polis hanya menerima satu aduan sepanjang tempoh berkempen, yang telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dan Suruhanjaya Pilihan Raya.

Seramai 927 anggota polis akan ditugaskan bagi memastikan kelancaran proses pengundian kedua-dua PRK itu pada Sabtu ini.

“Saya juga mengingatkan calon, ejen calon dan penyokong supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan,” tambahnya.

PRK Parlimen Kinabatangan menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Mohd Kurniawan Naim Moktar (BN), Datuk Saddi Abdul Rahman (Warisan) dan Goldam Hamid (Bebas).

Pilihan raya DUN Lamag pula ialah pertandingan satu lawan satu antara Mohd Ismail Ayob (BN) dan Mazliwati Abdul Malek (Warisan).

PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Seri Bung Moktar Radin pada 5 Disember tahun lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan esok sebagai hari pengundian awal.