13 ‘Mat Rempit’ Dibawa Mendengar Tazkirah Dan Solat Subuh Berjemaah

LocalPolitics
9 Sep 2024 • 11:31 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
pdrm

Sekumpulan ‘Mat Rempit’ berusia 14 sehingga 19 tahun ditahan dalam Op Samseng Jalanan di sekitar ibu negara.

Menariknya kesemua 13 remaja yang ditahan itu dibawa ke surau untuk solat subuh, seterusnya mendengar tazkirah.

image is not available

Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa mengatakan kesemua individu tersebut dibawa ke Balai Polis Tun HS Lee bagi proses dokumentasi.

Selesai dokumentasi, mereka turut didedahkan dengan motivasi, solat subuh berjemaah dan dilanjutkan dengan tazkirah ringkas di Surau An Nazahah.

image is not available

Pendekatan keagamaan kepada remaja diharapkan dapat membantu jiwa dan minda mereka untuk membentuk akhlak yang lebih mulia.

Selain itu, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri juga menyarankan ibu bapa agar lebih memberi perhatian kepada anak-anak mereka terutama remaja yang kerap menjadi pengguna jalan raya bagi mengelak sebarang aktiviti melanggar undang-undang lalulintas.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: JSPT KL