TAWAU: Kesemua 13 pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu (KVLD) yang dituduh membunuh rakan kolej mereka, Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, 17, tahun lepas, didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi di sini, pada Jumaat.
Hakim Datuk Duncan Sikodol membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah dan kesemua mereka didapati bersalah di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Bagaimanapun, keputusan hukuman akan dibacakan pada 28 Ogos ini, sementara menunggu laporan akhlak setiap 13 tertuduh daripada pegawai kebajikan Jabatan Kebajikan Masyarakat Lahad Datu, seperti dikehendaki Seksyen 90 (12) Akta Kanak-Kanak 2001.
Duncan dalam ringkasan alasan penghakimannya, antara lain menyatakan pembelaan 13 tertuduh adalah penafian semata-mata, manakala keterangan kesemua mereka semasa di peringkat pembelaan lebih kepada menyalahkan sesama sendiri dan cuba untuk mengurangkan peranan masing-masing.
Menurutnya, keterangan doktor juga tidak menyokong keterangan mereka apabila mengesahkan kecederaan mangsa dibuat oleh ramai orang dan bukannya oleh satu orang (bukan secara individu).
"Insiden ini bukanlah kejadian secara terasing tetapi dibuat secara terancang dan berpanjangan dengan niat bersama yang dibuktikan apabila tertuduh kedua (OKT2) tahu dan menambah buruk serangan yang dibuat oleh 12 orang tersebut," katanya.
Untuk rekod, pada 28 Februari lalu, mahkamah mengarahkan 13 pelajar tersebut membela diri selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap mereka di akhir kes pendakwaan.
Seramai 25 saksi memberikan keterangan serta lebih 200 ekshibit dikemukakan kepada mahkamah dalam perbicaraan penuh bermula 19 November 2024, sebelum pasukan pendakwaan menutup kes peringkat pendakwaan pada 9 Disember 2024.
Prosiding pembelaan yang berlangsung tujuh hari bermula 10 Mac pula, selesai pada 15 April lalu dengan 18 saksi dipanggil memberikan keterangan masing-masing, termasuk kesemua 13 tertuduh.
Kesemua 13 pelajar berusia antara 16 hingga 19 tahun itu, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas tuduhan membunuh Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, 17, di KVLD antara jam 9 malam pada 21 Mac hingga 7.38 pagi pada 22 Mac 2024.
Pasukan pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Nur Nisla Abd Latif dengan dibantu TPR Ng Juhn Tao dan TPR Batrisyia Mohd Khusri.
Lapan daripada 13 remaja itu diwakili peguam Kamarudin Mohmad Chinki, Datuk Ram Singh dan Chen Wen Jye iaitu tertuduh (OKT) pertama, ketiga, keempat, kelapan, 10, 11, 12 dan 13.
Manakala, lima lagi masing-masing diwakili peguam Abdul Ghani Zelika (OKT 5), Vivian Thien (OKT 6), Jhesseny P. Kang (OKT 7), Kusni Ambotuwo (OKT 9) dan Mohamed Zairi Zainal Abidin (OKT 2).
Sementara itu, sebuah lori polis yang membawa kesemua tertuduh pada Jumaat, tiba di pekarangan Mahkamah Tawau sekitar jam 8.25 pagi, manakala keluarga mereka tiba lebih awal.
Bagaimanapun, mahkamah hanya membenarkan satu wakil bagi setiap keluarga tertuduh masuk ke galeri awam bagi mendengar prosiding tersebut.
Ibu kepada arwah (mangsa), Siti Hamidah Jumari, 45, bersama ahli keluarganya yang lain turut hadir pada prosiding itu.