13 syarikat perkhidmatan wang didenda oleh Bank Negara Malaysia

LocalBusiness & Finance
26 Feb 2026 • 12:09 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

13 syarikat perkhidmatan wang didenda oleh Bank Negara Malaysia image is not available johardy26/02/2026 - 12:09 Oleh Muhammad Iman editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 26 Feb - Bank Negara Malaysia (BNM) mengenakan penalti kewangan pentadbiran antara RM1,500 hingga RM2,000 terhadap 13 pemegang lesen perniagaan perkhidmatan wang kerana gagal memenuhi keperluan dana modal minimum bagi tempoh Julai hingga Disember 2025.

 

Syarikat tersebut ialah:

  1. Foo In Sdn Bhd

  • Starling Peak International Sdn Bhd (dahulunya dikenali sebagai Hijarah Traders Sdn Bhd)

  • Tukaran Baik Sdn Bhd

  • DB Global Exchange Sdn Bhd

  • Best Rate Galaxy Sdn Bhd

  • First Million Avenue Sdn Bhd

  • Popular Forex Sdn Bhd

  • Kabir Exchange Sdn Bhd (dahulunya dikenali sebagai Cendral Sdn Bhd)

  • Mubarak Forex Exchange Sdn Bhd

  • True Ringgit Sdn Bhd

  • Alif Money Changer Sdn Bhd

  • Heng Loong Money Changer Sdn Bhd

  • Chop Soon Sheng Sdn Bhd

  •  

    Dalam satu kenyataan, bank pusat itu berkata, pengekalan dana modal yang mencukupi adalah penting bagi memastikan kesinambungan dan kemampanan perniagaan dalam memenuhi permintaan orang ramai terhadap perkhidmatan perniagaan perkhidmatan wang.

     

    “Dalam menentukan jumlah penalti kewangan pentadbiran, bilangan ketidakpatuhan serta rekod pematuhan terdahulu pemegang lesen telah diambil kira,” kata BNM.

     

    Kesemua 13 pemegang lesen terbabit telah menjelaskan penalti yang dikenakan dan mengambil langkah pembetulan termasuk meningkatkan dana modal masing-masing.

     

    Menurut BNM, tindakan penguatkuasaan yang diambil adalah selaras dengan pendekatan dan proses yang digariskan dalam rangka kerja penguatkuasaan yang diterbitkan.

     

    “BNM mengkehendaki semua pemegang lesen memastikan pematuhan sepenuhnya terhadap keperluan perundangan dan kawal selia.

     

    “BNM tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan penyeliaan dan penguatkuasaan yang sewajarnya sekiranya mana-mana pemegang lesen gagal mematuhi keperluan perundangan dan/atau kawal selia,” katanya. - BERNAMA

    Terkini standard