13 Tahun Kahwin Baru Tahu Rupanya Isteri Penagih Dadah, Lelaki Minta Pendapat Netizen Selesaikan Masalah

5 Jul 2022 • 1:40 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Siapa sangka perkahwinan yang memasuki tahun ke-13 mengungkap satu rahsia yang paling tidak dijangka oleh seorang suami.

Memetik laporan mStar, bapa kepada empat cahaya mata itu mendapat tahu bahawa isterinya merupakan seorang penagih dadah setelah lama mendirikan rumah tangga bersama.

image is not available

Gambar Hiasan

Lelaki itu berkongsikan masalahnya menerusi satu kiriman mesej di satu akaun Twitter bertanyakan penyelesaian kepada permasalahan yang dihadapi.

Perkara itu mendapat perhatian netizen dan pelbagai nasihat dilemparkan untuk lelaki tersebut.

image is not available

Sumber : mStar 

Selain ada yang memberi nasihat supaya berpisah dengan isteri, ada juga yang menyuruh lelaki berkenaan berada di samping isterinya dan membantu wanita itu keluar daripada ketagihan.

Selain itu, seorang individu yang bertugas di Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih) turut memberi pendapat supaya menghantar si isteri menjalankan rawatan peribadi.

Ini kerana menurutnya, fasiliti swasta akan fokus kepada penyembuhan dan membina semula hubungan antara keluarga dan jika bantuan lambat dilakukan, keluarga berkenaan mungkin akan hilang seorang isteri dan ibu.

image is not available 2 hari lalu

Lelaki 'Ride' Tanpa Seurat Benang Ditangkap Polis, Didakwa Terlibat Kes Bunuh Anak & Isteri Baru Habis Pantang