13 terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Mexico

15 May 2023 • 12:03 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

BANDARAYA MEXICO: Sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh selepas sebuah treler dan sebuah trak bertembung lalu terbakar di lebuh raya timur laut Tamaulipas, Mexico pada Ahad.

Menurut Sekretariat Keselamatan Awam negeri, kemalangan berlaku pada sebelah pagi di kilometer 80 Lebuhraya 83, Hidalgo-Zaragoza.

Nahas itu memusnahkan kenderaan dan mencetuskan kebakaran besar hingga menyebabkan mangsa rentung di lokasi kejadian.

Sementara itu, pegawai Perlindungan Awam dan paramedik Palang Merah tiba untuk merawat mangsa yang cedera.

Lebuh raya itu kekal dibuka kepada lalu lintas. -Bernama