139 jenayah babitkan kanak-kanak pada 2022

6 Mar 2024 • 2:10 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

KENINGAU: Sabah merekodkan 139 kes jenayah membabitkan kanak-kanak pada 2022, yang mana amat membimbangkan, kata Pengerusi Majlis Penasihat Wanita (MPWS) Sabah, Datuk Dr Hajah Tarsiah TZ Haji Taman.

Beliau berkata berdasarkan statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat, kumpulan orang asal Sabah menyumbang 104 kes dengan 100 kes lelaki dan empat kes perempuan.

“Kes dadah merupakan penyumbang kedua tertinggi kepada gejala sosial iaitu sebanyak 772 kes di mana 704 kes melibatkan kanak-kanak lelaki dan 68 perempuan,” katanya ketika berucap merasmikan Program Kesedaran Isu Sosial dan Tanggungjawab Ibu Bapa Terhadap Kanak-Kanak di sebuah hotel, di sini, baru-baru ini.

Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat Wanita Sabah, Hajah Baiyah Ag Mahmon.

SPONSORED CONTENT Sabah blackouts a thing of the past with electricity power handover Kota Kinabalu: Blackouts or power outages, a regular feature in the Land below the Wind, could be a thing of the past with the federal government’s phased handover of regulatory power on Sabah’s electricity supply to the state government. Read more Tarsiah berkata berdasarkan data itu, isu sosial seperti penyalahgunaan dadah dalam kalangan kanak-kanak perlu diberi penekanan yang sewajarnya dan langkah pencegahan yang diambil bukan sahaja oleh kerajaan, malah masyarakat khususnya ibu bapa.

“Persatuan atau badan bukan kerajaan (NGO) juga perlu bersama-sama dalam usaha ini. Generasi kini perlu dibentuk dan dipersiapkan untuk menjadi generasi yang mampan, berdaya saing dan bersedia menghadapi sebarang cabaran pada masa hadapan.

“Apabila kita meneliti konsep Malaysia Madani, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggariskan enam tonggak utama iaitu kemampanan, kesejahteraan, kreativiti, rasa hormat, keyakinan dan budi bahasa.

“Daripada enam itu, budi bahasa dilihat sebagai salah satu tonggak yang boleh menjadi paling penting dalam menyumbang kepada pembentukan masyarakat beradab,” katanya.

Tarsiah berkata “budi bahasa” dalam konteks Malaysia Madani ditafsir secara sinonim dengan erti kepedulian dan belas kasihan, iaitu menyayangi orang lain termasuk ahli keluarga, kawan rapat, jiran tetangga dan anggota masyarakat keseluruhannya, termasuk golongan minoriti.

Tarsiah berkata, keselamatan kanak-kanak ini bukan sahaja terletak di bahu agensi di bawah kerajaan tetapi masyarakat sekeliling juga perlu memainkan peranan besar dalam memastikan komuniti mereka selamat.

Nilai-nilai seperti budi dan belas kasihan harus dipupuk oleh ibu bapa.

Tambahnya, kasih sayang ibu bapa boleh menghalang anak-anak daripada melakukan perkara yang melanggar nilai dan norma masyarakat.

Apabila kanak-kanak mendapat sokongan moral yang kuat di rumah mereka tidak mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya atau mencari perhatian luar untuk pengesahan.

Beliau berharap isu sosial dalam kalangan kanak-kanak ini dapat dicegah agar Sabah khususnya daerah ini dapat membangunkan masyarakat yang selamat dan sejahtera.

Program sehari anjuran Jawatankuasa Sosial MPWS dan Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (Jhewa) dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Sabah itu dihadiri 145 orang terdiri daripada wanita dan ibu bapa.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Sosial MPWS, Prof Madya Dr Muhammmad Idiris Bahari, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Sosial MPWS, Dr Hajah Ananglangka Mad Kassim, Penolong Pengarah Kanan AADK, Dayang Siti Rohani Sedan dan Penolong Pengarah Kanan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara ( LPPKN), Suzanna Piny.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.