Kini Anda Boleh Membayar Tiket Bas Perantara MRT Menggunakan Imbasan Kod QR Melalui MyRapidTap

TechnologyDigital
8 Oct 2019 • 11:40 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Prasarana sebelum ini telah sedia hadir dengan sebuah aplikasi khusus yang turut mengintegrasikan dompet digital mereka, iaitu MyRapidTap. Selepas sekian lama tidak kedengaran mengenainya, kini pihak MyRapid berkongsi video, memperlihatkan pengguna sudah boleh membayar tiket bas menggunakan aplikasi MyRapidTap.

image is not available

Menggunakan aplikasi berkenaan, pengguna hanya perlu tap pada ikon bas, dan seterusnya mengimbas kod QR pada bas berkenaan. Sebaik sahaja transaksi disahkan, anda hanya perlu memperlihatkan resit kepada pemandu, dan boleh meneruskan perjalanan dengan mudah.

Pihak MyRapidTap mengatakan imbasan kod QR ini hanya sah digunakan pada bas perantara MRT dengan kadar tetap RM1 buat masa ini.

Bagi anda yang sering menggunakan bas perantara MRT, boleh menggunakan sokongan ini hari ini, dan selangkah lagi ke arah masyarakat nirtunai.

Muat-Turun MyRapidTap untuk Android

Muat-Turun MyRapidTap untuk iPhone

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved