14 anggota pengiring rapat Sultan Pahang tamat kursus payung terjun

LocalPolitics
27 Apr 2026 • 4:12 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: 14 anggota pengiring rapat Sultan Pahang tamat kursus payung terjun
Kesemua peserta telah memenuhi syarat kelayakan termasuk melaksanakan 12 kali terjunan sepanjang latihan. Foto JBPM Perak
Image from: 14 anggota pengiring rapat Sultan Pahang tamat kursus payung terjun
Penganjuran kursus menjadi simbol kerjasama strategik yang erat antara JBPM dan TUDM dalam memperkukuh kesiapsiagaan serta keupayaan operasi berkemahiran tinggi, khususnya dalam bidang penerjunan taktikal. Foto JBPM Perak

TAIPING - Seramai 14 anggota pengiring rapat Sultan Pahang menerima sayap penerjunan selepas berjaya menamatkan Kursus Asas Payung Terjun Statik Ram Air Siri 2/2026.

Majlis pemakaian sayap disempurnakan Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Seri Ts Nor Hisham Mohammad dalam satu majlis di Lapangan Terbang Tekah di sini pada Isnin.

Kursus selama 13 hari bermula 15 April lalu itu merangkumi latihan asas di Markas Rejimen Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Jugra, Banting serta latihan praktikal penerjunan di Taiping.

Menurut Nor Hisham, kesemua peserta telah memenuhi syarat kelayakan termasuk melaksanakan 12 kali terjunan sepanjang latihan.

“Penganjuran kursus ini mencerminkan perancangan strategik yang tersusun serta komitmen berterusan jabatan dalam memperkasa keupayaan taktikal operasi penerjunan ke tahap profesionalisme yang tinggi," katanya dalam kenyataan di sini.

Hadir sama, Pengelola Bijaya Diraja Utama Sultan Pahang Mejar Jeneral Datuk Mohamed Zahari Yahya; Pengarah JBPM Perak, Datuk Sayani Saidon dan Ketua Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, Datuk Rosman Kasman.

**media[3503803]**

Nor Hisham berkata, sepanjang kursus tersebut, peserta bukan sahaja diuji dari aspek ketahanan fizikal, tetapi turut diperkasa dari segi mental, keberanian dan disiplin, selari selari keperluan seorang penerjun yang kompeten serta berwibawa.

Katanya, ia juga menjadi simbol kerjasama strategik yang erat antara JBPM dan TUDM dalam memperkukuh kesiapsiagaan serta keupayaan operasi berkemahiran tinggi, khususnya dalam bidang penerjunan taktikal.

"Kursus ini merupakan kesinambungan kepada Siri 1/2026 yang dilaksanakan di Kuantan sebelum ini.

"Penganjuran kedua-dua siri ini mencerminkan kesinambungan usaha berterusan dalam memperkukuh keupayaan penerjunan taktikal serta kesiapsiagaan anggota pengiring rapat," katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada baginda Sultan Pahang atas limpah perkenan serta ilham dalam merealisasikan pelaksanaan kursus ini tersebut.

Tambahnya, penghargaan turut diberikan kepada pasukan jurulatih daripada Pasukan Khas Udara Bomba (PASKUB) dan Pasukan Khas Udara TUDM (PASKAU) atas komitmen serta kepakaran yang dicurahkan.

"Kejayaan kursus ini diharap menjadi pemangkin kepada penganjuran lebih banyak kursus pada masa hadapan, sekali gus mempertingkatkan tahap profesionalisme serta kesiapsiagaan pasukan keselamatan negara," katanya.

View Original Article