14 kawasan di Semenanjung catat cuaca panas tahap berjaga-jaga

LocalEnvironment
29 Apr 2026 • 9:49 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: 14 kawasan di Semenanjung catat cuaca panas tahap berjaga-jaga
Sebanyak 14 kawasan di Semenanjung Malaysia merekodkan cuaca panas Tahap 1. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Sebanyak 14 kawasan di Semenanjung Malaysia merekodkan cuaca panas pada Tahap 1 atau kategori berjaga-jaga setakat 6 pagi Rabu.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan kawasan terlibat ialah Perlis; Kedah meliputi Kubang Pasu, Pendang, Kota Setar dan Padang Terap; Perak (Kuala Kangsar dan Hulu Perak); Kelantan (Jeli, Pasir Mas, Tanah Merah dan Machang), Kuala Lumpur serta Selangor melibatkan Gombak dan Sepang.

Turut terlibat dua kawasan di Sabah iaitu Beaufort dan Telupid serta Sarawak (Limbang).

Menurut MetMalaysia, status Tahap 1 (berjaga-jaga) dikeluarkan apabila suhu maksimum harian mencecah antara 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

Orang ramai boleh merujuk maklumat terkini status cuaca panas melalui laman sesawang rasmi MetMalaysia di www.met.gov.my.