
KINABATANGAN: Seramai 14 mangsa banjir dari Kampung Kasih Sayang, Kota Kinabatangan, disini, dipindahkan sementara ke kawasan lebih tinggi susulan banjir di kawasan kediaman mereka pada awal pagi tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan, Nurul Azlan Shah Jamalludin, berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.04 pagi menerusi talian balai kemudian menghantar lima anggotanya bagi membantu mangsa terlibat.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Mangsa masing-masing sembilan orang dewasa dan lima kanak-kanak.
Setelah memastikan kesemua mangsa telah dipindahkan, operasi itu ditamatkan pada jam 3.20 pagi.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Kinabatangan antara kawasan yang diramalkan hujan lebat berterusan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia sehingga 31 Januari.
Sementara itu, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Kinabatangan memaklumkan, terdapat tiga fasa pemantauan banjir dilakukan di kawasan Kinabatangan melibatkan Kampung Kasih Sayang dan Kampung Paris bersama pihak Bomba dan PDRM serta kawasan hotspot banjir antaranya Pangkalan Bukit Garam, Kampung Sri Manis, Kampung Buang Sayang, Kg. Sri Manis, Kg. Buang Sayang serta Sukau.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Manakala setakat ini paras air Sungai Kinabatangan berada pada tahap waspada dan trend air semakin meningkat di lawasan pendalaman Dagat, Tidung dan Lintang.
Maklumat di terima turut memaklumkan bahawa laluan ke kampung tersebut terputus dan penduduk tidak boleh keluar.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Manakala operasi penghantaran bekalan akan dibuat dalam tempoh 72 jam dari sekarang.

