14 penerbangan jadi sasaran amaran bom palsu di Eropah

5 Nov 2026 • 8:37 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: 14 penerbangan jadi sasaran amaran bom palsu di Eropah

BRUSSELS: Jet-jet pejuang Itali, Perancis dan Bulgaria dikerahkan pada Khamis selepas sekurang-kurangnya 14 penerbangan di Eropah menjadi sasaran amaran bom palsu bagi hari ketiga minggu ini, menurut pihak berkuasa dan syarikat penerbangan.

Ancaman palsu itu khususnya menyasarkan syarikat penerbangan tambang rendah dan penerbangan ke atau dari Bulgaria, Republik Czech serta Itali.

Jet Tentera Udara Itali mengiringi penerbangan Finnair dari Helsinki ke Rom, manakala jet pejuang Perancis mengiringi penerbangan Aer Lingus dari Dublin ke Rom ke sebuah pangkalan tentera di luar Paris. 

Tentera Udara Bulgaria pula mengiringi tiga pesawat yang menjadi sasaran ancaman.

Secara keseluruhan, tiga penerbangan dilencongkan tetapi semua pesawat berjaya mendarat dengan selamat tanpa sebarang bahan letupan ditemukan.

Lebih 20 ancaman bom palsu dilaporkan minggu ini, dengan syarikat penerbangan tambang rendah Ryanair menjadi sasaran sekurang-kurangnya tujuh ancaman. – AFP

The post 14 penerbangan jadi sasaran amaran bom palsu di Eropah appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved