
Kota Kinabalu: Empat belas pendatang tanpa izin (PTI) masing-masing dipenjara empat bulan kerana memasuki negeri ini secara haram.
Mereka adalah Najib Abdul Gapal, Ridjuan Raw, Ali Adol, Marjin Jinur, Kisah Osman, Dano Jamlo, Irwan Kilaman, Abdullah Ngah, Ahmad Abas, Sibal Kuring, Senro Raw, Kadil Kilaman, Palson Kilaman dan Al Mukri P. Ramlee.
Kesemua tertuduh mengaku bersalah secara berasingan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Azreena Aziz, kepada pertuduhan terhadap mereka.
Mereka ditahan di kawasan bandar antara 10 dan 22 Ogos tahun ini selepas gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri kepada polis.
SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more Kesalahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963 itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda sehingga RM10,000 dan sebat, jika sabit kesalahan.
Mahkamah memerintahkan kesemua tertuduh menjalani hukuman penjara dari tarikh mereka ditangkap.
Selepas hukuman penjara selesai, kesemua pendatang tanpa izin itu diperintah dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk direkodkan data biometrik mereka sebelum dihantar pulang.
Sementara itu, seorang lelaki didenda RM10,000 atau penjara empat bulan kerana tinggal lebih masa di negeri ini.
Yulius Magita mengaku tinggal di negeri ini selepas pasportnya tamat tempoh. Dia diperintahkan untuk dirujuk ke Jabatan Imigresen selepas membayar denda atau menjalani hukuman penjara.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
