
NABAWAN: Sebanyak 14 rumah papan musnah dalam kebakaran di Kampung Tikandis Salong pada pagi Sabtu.
Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Keningau PgB Yuszaimi Hairrul Azwan Juatan berkata, jabatan menerima panggilan 9.16 pagi dan tiba di lokasi jam 10:59 pagi.
“Apabila tiba, pihak kami mendapati 14 rumah telah pun terbakar sepenuhnya, termasuk dua rumah PPRT.
“Pasukan kami menghadapi masalah untuk sampai di lokasi kerana jarak 89 kilometer dari balai, dan keadaan jalan sempit serta tidak berturap.
SPONSORED CONTENT Sabah revenue hits RM6.97 billion: Hajiji says GRS State Government may see full term Kota Kinabalu: The Sabah Government continued its momentum in managing the economy in line with the commitment and spirit of the Sabah Maju Jaya (SMJ) when it posted record high state revenue of RM6.973 billion last year. Read more “Selain jarak, terdapat juga jalan berlubang, jalan curam dan jalan tanah merah yang licin.
“Ini menyebabkan jentera FRT Scania tidak dapat masuk ke lokasi dan hanya Hilux Triton dapat melalui keadaan jalan seperti itu.
“Keadaan rumah yang dibina agak rapat dan struktur papan menyebabkan api merebak dengan cepat,” katanya.
Tambahnya, tiada liputan GIRN atau telefon bimbit yang baik di lokasi menyebabkan pasukan respon tidak dapat memberikan maklumat cepat kepada Bilik Kawalan Balai. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan kerugian serta punca kebakaran masih dalam siasatan.
Operasi terkawal pada jam 11.30 pagi.
Sementara itu, bilangan keluarga yang terlibat belum dapat dipastikan kerana menunggu senarai lengkap daripada ketua kampung.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
