14 tan cili tidak ikut syarat permit import dirampas

20 Apr 2025 • 2:36 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

ALOR SETAR, 20 APRIL: Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) Bukit Kayu Hitam merampas cili 14,000 kilogram (kg) dianggarkan bernilai RM42,000 di Kompleks Kuarantin, Imigresen, Kastam dan Keselamatan (ICQS) di Bukit Kayu Hitam, Jumaat lalu.

AKPS dalam satu kenyataan memaklumkan rampasan dilakukan sekitar 9.40 malam selepas pemeriksaan ke atas sebuah kontena yang membawa sayur segar dari negara jiran.

“Hasil pemeriksaan mendapati, ia tidak mematuhi syarat permit import GPL (Grading, Packaging and Labeling) seperti yang ditetapkan dalam Peraturan-Peraturan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan 2008 atau Sijil Perakuan Pematuhan 3P yang sah,” menurut kenyataan itu.

Pemeriksaan rutin dilakukan ke atas kontena import di Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam, dan notis di bawah Seksyen 15(1) Akta MAQIS 728 dikeluarkan.

Barang rampasan ditahan untuk tindakan lanjut mengikut Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved