140 Golongan Asnaf Dapat Tajaan Lesen Motosikal Percuma Dalam Program #RideHomeSafe 2022

20 Aug 2022 • 4:52 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Program yang dimulakan sejak 2021 ini diteruskan tahun ini dengan mensasarkan pelajar sekolah menengah khususnya golongan B40 di Selangor. - Gambar ihsan KPS  

Dalam meneruskan usaha untuk memupuk dan meningkatkan kesedaran keselamatan jalan raya di kalangan belia dan komuniti, Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (KPS) telah melancarkan program #RideHomeSafe 2022 baru-baru ini. 

Bertempat di kediaman Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang 2, ia bertujuan untuk menaja lesen motosikal secara percuma di kalangan anak muda. 

Program yang telah dimulakan sejak tahun 2021 ini diteruskan lagi pada tahun ini dengan mensasarkan pelajar sekolah menengah khususnya golongan B40 di Selangor.  

image is not available
Gambar ihsan KPS

Ini merupakan satu langkah yang baik bagi memupuk pengetahuan anak-anak muda betapa pentingnya untuk memiliki lesen motosikal. 

Bukan sahaja untuk mengelak daripada disaman pihak berkuasa, malah didikan keselamatan jalan raya ini amat penting untuk dipupuk agar mereka tidak terjebak dalam kesalahan  melanggar undang-undang jalan raya. 

Tahun lepas, KPS telah menaja seramai 60 orang pelajar dari kalangan keluarga berpendapatan rendah. Kali ini, seramai 140 peserta telah dipilih untuk mendapat tajaan lesen motosikal termasuk  penajaan terhadap   80 orang asnaf yang terpilih di sekitar Selangor.

image is not available
Gambar ihsan KPS

Dengan kerjasama strategik KPS bersama PDRM dan JPJ serta penduduk kediaman (PPR) Lembah Subang 2, pelbagai aktiviti menarik telah diadakan semasa acara tersebut berlangsung. 

Antaranya adalah taklimat keselamatan jalan raya daripada Bahagian Keselamatan Jalan Raya, pameran PDRM, JPJ dan banyak lagi 

KPS akan terus komited dalam menjayakan program #RideHomeSafe dalam membantu menangani jumlah penunggang motosikal yang tidak memiliki berlesen. Perkara ini perlu dibendung terutamanya golongan belia di Selangor, khususnya di kalangan keluarga B40. - Getaran, 20 Ogos 2022