146 Maut, Sambutan Halloween Bertukar Tragedi Di Seoul, Korea

30 Oct 2022 • 9:25 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Sambutan Halloween bertukar tragedi, 146 disahkan maut

146 Maut, Sambutan Halloween Bertukar Tragedi Di Seoul, Korea. Oktober sememangnya terkenal dengan sambutan Halloween dan ramai juga masyarat seluruh dunia menyambut sambutan tersebut termasuk penduduk di Seoul, Korea.

Namun, sambutan Halloween ini telah bertukar tragedi hitam di Seoul, Korea apabila seramai 146 orang telah disahkan maut pada malam sambutan tersebut di Jalan Itaewon.

image is not available
146 Maut, Sambutan Halloween Bertukar Tragedi Di Seoul, Korea. Sumber gambar: FB Francis ngu hown hua page

Pengunjung panik dan berpusu-pusu selamatkan diri sehingga jatuh dan terpijak sesama sendiri kerana berlaku kebocoran gas

Dengan angka kematian seramai itu pasti ada juga yang cedera dimana 150 pula disahkan cedera. Hal ini terjadi kerana difahamkan berlaku keadaan antara pengunjung sambutan yang berebut dan bersesak antara satu sama lain kerana mereka ingin menyelamatkan diri.

image is not available
146 Maut, Sambutan Halloween Bertukar Tragedi Di Seoul, Korea. Sumber gambar; FB Alfren Loyola

Dipercayai mereka merasa panik apabila terdapat sebuah kedai di kawasan berkenaan telah mengalami kebocoran gas. Oleh kerana itu, mereka berpusu-pusu melarikan diri sehingga ada diantara mereka yang telah jatuh dan terpijak.

image is not available
146 Maut, Sambutan Halloween Bertukar Tragedi Di Seoul, Korea. Sumber gambar: FB Francis ngu hown hua page

Hal ini yang mengakibatkan keadaan jadi sukar terkawal pada mulanya kerana jumlah pengunjung pada saat itu sememangnya ramai dan mereka bersesak kearah jalan yang agak sempit. Dalam keadaan panik sedemikian sememangnya manusia sukar untuk bertindak sewajarnya.

Semoga keadaan di jalan Itaewon, Seoul, Korea dapat segera diamankan dan semoga keluarga mangsa tabah menerima perkhabaran ini.

Banyak juga kejadian yang tidak disangka telah meragut banyak nyawa sekelip mata seperti dalam artikel dibawah: