147 Calon Bekas Tentera Hadiri Temu Duga Fizikal Pemilihan Warden MRSM

20 Jun 2026 • 12:19 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

147 Calon Bekas Tentera Hadiri Temu Duga Fizikal Pemilihan Warden MRSM

147 Calon Bekas Tentera Hadiri Temu Duga Fizikal Pemilihan Warden MRSM

Seramai 147 calon telah hadir Sesi Temu Duga Fizikal Pemilihan Warden Luar Sepenuh Masa MRSM pada 15 dan 16 Jun lalu.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan bahawa temu duga yang berlangsung di Inkubator Teknologi Makanan MARA Kepong berjalan dengan lancar.

"Secara keseluruhannya, 147 calon hadir menjalani temu duga fizikal selepas berjaya melepasi dua fasa saringan secara atas talian.

"Kesemua calon perlu melalui tiga komponen penilaian iaitu Ujian Pemeriksaan BMI, Ujian Bleep Test dan Temu Duga Bersemuka bagi menentukan merit serta kelayakan mereka untuk dilantik sebagai Warden Luar Sepenuh Masa MRSM yang akan memulakan tugas pada 1 Julai 2026," katanya.

Image from: 147 Calon Bekas Tentera Hadiri Temu Duga Fizikal Pemilihan Warden MRSM
Kredit: Facebook Dr Asyraf Wajdi Dusuki
Image from: 147 Calon Bekas Tentera Hadiri Temu Duga Fizikal Pemilihan Warden MRSM
Kredit: Facebook Dr Asyraf Wajdi Dusuki

Asyraf berkata warden MRSM bukan sekadar menjaga disiplin dan keselamatan pelajar, tetapi mereka juga perlu memahami dan menghayati Falsafah Pendidikan MARA.

Baca juga:

Menurutnya, ia untuk melahirkan generasi ulul albab yang bukan sahaja cemerlang akademik tetapi turut memiliki sahsiah terpuji, akhlak yang baik, integriti yang tinggi serta tinggi ilmu ukhrawi yang bermanfaat.

Image from: 147 Calon Bekas Tentera Hadiri Temu Duga Fizikal Pemilihan Warden MRSM
Kredit: Facebook Dr Asyraf Wajdi Dusuki
Image from: 147 Calon Bekas Tentera Hadiri Temu Duga Fizikal Pemilihan Warden MRSM
Kredit: Facebook Dr Asyraf Wajdi Dusuki

"Warden adalah ibu dan ayah kedua kepada anak-anak MRSM yang berperanan sebagai pembimbing, pendidik dan murabbi dalam membentuk generasi pewaris negara yang cemerlang dunia dan akhirat.

"Semoga dengan usaha ini dapat terus membendung budaya buli, salah laku disiplin dan gejala sosial serta membentuk persekitaran MRSM yang lebih selamat, kondusif dan subur dengan ‘biah solehah’ yang menekankan nilai adab, hormat-menghormati, kasih sayang, ukhuwwah serta budaya menuntut ilmu," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved