149 sertai Madai Nature Fun Run Trail

1 Mar 2024 • 2:21 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

KUNAK: Seramai 149 peserta menyertai acara Madai Nature Fun Run Trail sejauh 6km yang julung kali diadakan di Pusat Sejadi Hutan Simpan Madai Baturong, di sini baru-baru ini.

Merasmikan program itu, Adun Kunak Datuk Norazlinah Arif berkata program itu mendapat sambutan amat menggalakkan daripada peserta dari dalam dan luar daerah, dan daripada pelbagai lapisan usia.

“Kerjasama rapat dan saling membantu antara agensi terlibat khususnya Jabatan Perhutanan Sabah (Kunak) dan operator Pusat Sejadi Madai, iaitu Koperasi Komuniti Pelancongan dan Kebudayaan Madai Berhad (Kokom) membuktikan program ini membuka ruang lebih luas bagi industri pelancongan daerah.“Ini akan memperkenalkan lagi nama Kunak kepada pelancong tempatan dan antarabangsa,” katanya.

Sementara itu, Norazlinah berkata, kelulusan sebanyak RM250,000 sudah diperolehi daripada pihak berkaitan bagi pembinaan denai kanopi di Pusat Sejadi Madai untuk kemudahan pengunjung.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved