15,000 ditahan dalam siri protes di Perancis

WorldPolitics
18 Nov 2026 • 11:02 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: 15,000 ditahan dalam siri protes di Perancis

PARIS: Hampir 15,000 individu ditahan polis Perancis dalam beberapa siri demonstrasi membantah peningkatan kos sara hidup, isu gaji dan keadaan di sekolah menengah sejak beberapa minggu lalu.

Menteri Kehakiman Perancis, Gerald Darmanin, berkata seramai 7,184 individu ditahan dalam demonstrasi membantah inflasi dan isu gaji sejak 17 Oktober lalu, yang sebahagiannya bertukar menjadi rusuhan di beberapa bandar.

Seramai 8,000 individu lagi ditahan dalam demonstrasi berasingan membabitkan pelajar sekolah menengah yang membantah keadaan di institusi pendidikan mereka.

Menurut Darmanin ketika memberikan keterangan kepada Parlimen semalam, sebanyak 3,053 kes daripada tangkapan berkaitan protes kos sara hidup telah membawa kepada pertuduhan di mahkamah.

Daripada jumlah itu, hukuman penjara telah dijatuhkan dalam 466 kes, dengan 195 individu diperintahkan menjalani hukuman penjara serta-merta, manakala selebihnya dikenakan hukuman penjara tertangguh.

Beliau berkata, daripada 7,184 individu yang ditahan dalam protes kos sara hidup, seramai 4,523 merupakan orang dewasa, manakala 2,661 lagi adalah remaja bawah umur.

Lima daripada remaja terbabit masih berada dalam tahanan.

Darmanin turut menjelaskan bahawa demonstrasi pada 17 Oktober lalu, yang menyaksikan tercetusnya rusuhan serius di beberapa bandar, menyumbang kira-kira dua pertiga daripada keseluruhan tangkapan berkaitan protes kos sara hidup.

Sementara itu, daripada kira-kira 8,000 individu yang ditahan dalam demonstrasi pelajar sejak September lalu, hanya tiga masih berada dalam tahanan.
Ketiga-tiganya merupakan orang dewasa yang didakwa menyerang anggota polis atau guru.

Demonstrasi berkenaan mencerminkan ketegangan yang berlaku susulan tekanan kos sara hidup serta rasa tidak puas hati terhadap keadaan di sekolah-sekolah di negara itu.- AFP

The post 15,000 ditahan dalam siri protes di Perancis appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved