15,225 kes ILI dikesan di N.Sembilan setakat 9 Julai

14 Jul 2022 • 1:03 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

SEREMBAN: Sebanyak 15,225 kes Penyakit Seperti Influenza (ILI) dilaporkan di Negeri Sembilan bagi tempoh 1 Jan hingga 9 Julai lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri S. Veerapan berkata daerah Seremban merekodkan jumlah kes tertinggi dengan 4,923 kes, Tampin (3,877), Jempol (2,255), Jelebu (2,050), Kuala Pilah (973), Port Dickson (824) dan Rembau (323 kes).

“Terdapat sembilan kumulatif wabak ILI di negeri ini direkodkan pada tahun ini namun tiada wabak ILI yang aktif, selain tiada sekolah atau tadika ditutup akibat wabak itu dan tiada kematian dilaporkan,“ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan golongan berisiko terutama warga emas dan kanak-kanak supaya mendapatkan rawatan awal sekiranya terdapat simptom seperti demam, selesema, batuk dan cirit birit.

Katanya orang ramai juga dinasihatkan kerap membasuh tangan dan mengelakkan berkunjung ke tempat sesak, selain mengamalkan etika batuk dengan betul. — Bernama