[15 FOTO] Sekali lafaz, Dayang Anisha Rosnah rasmi milik Putera Abdul Mateen, terima mahar $1,000

11 Jan 2024 • 4:05 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

USAI sudah istiadat akad nikah diraja. Dengan rasminya anakanda Sultan Brunei dan Yang Di-pertua Brunei, Pengiran Muda Abdul Mateen ibni SultanHassanal Bolkiah Muizzaddin Waddaulah rasmi bergelar suami kepada Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah binti Adam dengan sekali lafaz.

image is not available

Ijab dan kabul dilafazkan sekitar jam 2.17 petang hari ini dalam istiadat yang berlangsung di Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien sekali gus menjadikan tarikh 11 Januari 2024 bersamaan 29 Jamadilakhir 1445 detik bersejarah buat baginda dan isteri.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

Majlis tersebut berlangsung dengan penuh istiadat Brunei. Turut berkenan disaksikan oleh Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah serta kaum kerabat diraja, Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah, Pengiran Muda Abdul Malik dan kerabat diraja.

image is not available

image is not available

image is not available

Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja disiarkan secara langsung oleh Radio Televisyen Brunei (RTB), dengan Putera Mateen, mengenakan busana serba putih.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

Istiadat bersejarah itu dimulakan dengan awang-awang menyalakan Dian Empat sebagai lambang keunikan adat Istiadat Diraja Brunei.

image is not available

Sebaik sahaja lafaz kabul disahkan, tembakan meriam sebanyak 17 das dilepaskan sebagai menandakan Istiadat Akad Nikah Diraja telah sempurna.

image is not available

Istiadat diakhiri dengan bacaan doa selamat.

Sebelum itu, Awang Adam Abdullah iaitu ayah pengantin diraja perempuan, meminta Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Datuk Seri Paduka Setia Awang Salim menikahkan Dayang Anisha bersama pasangannya dengan mahar sebanyak seribu ringgit (Brunei) tunai.

image is not available

Istiadat tersebut menyusul selepas Majlis Istiadat Menghantar dan Menerima Tanda Diraja serta Pertunangan Diraja yang berlangsung pada 9 Januari lalu.

image is not available

Istiadat perkahwinan pasangan diraja itu berlangsung selama 10 hari, dimulakan dengan Majlis Istiadat Bersuruh Diraja pada 7 Januari lalu.

Acara kemuncak iaitu Majlis Istiadat Bersanding Pengantin Diraja akan berlangsung di Istana Nurul Iman pada 14 Januari.

Mempelai pengantin diraja kemudian akan menyertai perarakan mengelilingi ibu kota Brunei, Bandar Seri Begawan manakala Majlis Persantapan Diraja dijadual pada 15 Januari.

image is not available

Putera Mateen, 33, merupakan anakanda Sultan Brunei, Sultan Hassanal bersama Datin Paduka Seri Mariam Abdul Aziz.

Dayang Anisha, 29, pula merupakan cucu kepada Pehin Datuk Isa, yang merupakan penasihat khas kepada Sultan Brunei.

Sumber: Astro Awani, RTB

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang