15 Hilang, 2 Diselamatkan Selepas Kapal Nelayan Karam Di Timur Indonesia

17 Dec 2024 • 11:34 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

15 Hilang, 2 Diselamatkan Selepas Kapal Nelayan Karam Di Timur Indonesia

JAKARTA, 17 Disember (Bernama) — Seramai 15 orang dilaporkan hilang manakala dua lagi berjaya diselamatkan selepas sebuah kapal nelayan karam di perairan timur wilayah Maluku, Indonesia, menurut seorang pegawai tempatan pada Selasa, lapor agensi berita Xinhua.

Kapal yang membawa 17 anak kapal itu tenggelam semasa melakukan aktiviti menangkap ikan pada Sabtu.

Dua kru berjaya diselamatkan oleh sebuah kapal nelayan lain pada petang Isnin, kata Ketua Pejabat Mencari dan Menyelamat Wilayah Papua Barat Daya, Monce Brury.

Brury berkata, kejadian itu diketahui berdasarkan keterangan dua mangsa yang terselamat.

Siasatan awal mendapati cuaca buruk dan keadaan kapal menjadi punca insiden itu.

Sumber: Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved