15 kes berkait cuaca panas dilapor tahun ini

9 Mar 2024 • 4:19 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

KUALA NERUS: Sebanyak 15 kes berkaitan cuaca panas dilaporkan berlaku di seluruh negara dari minggu pertama tahun ini hingga semalam.

Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad berkata daripada jumlah itu, sebanyak empat kes berkaitan strok haba dan 11 kes mengenai kelesuan haba.

Beliau berkata tujuh kes dikesan masing-masing berlaku di Perak dan Kedah, manakala satu kes di Sabah melibatkan golongan pertengahan berumur 17 hingga 50 tahun.

“Daripada jumlah itu, ada juga melibatkan anggota badan beruniform kerana mereka terdedah dengan cuaca panas semasa latihan dan sebagainya.

SPONSORED CONTENT Sabah revenue hits RM6.97 billion: Hajiji says GRS State Government may see full term Kota Kinabalu: The Sabah Government continued its momentum in managing the economy in line with the commitment and spirit of the Sabah Maju Jaya (SMJ) when it posted record high state revenue of RM6.973 billion last year. Read more “Namun, semua pesakit dikesan di peringkat awal dan 14 daripada mereka telah sembuh serta dibenarkan keluar wad, manakala seorang lagi pesakit yang sebelum ini berada di Unit Rawatan Rapi (di Hospital Sultanah Maliha, Langkawi, Kedah) dipindahkan ke wad biasa dan keadaannya stabil,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Wellnes Hub Terengganu di pekarangan Klinik Kesihatan Seberang Takir.

Dzulkefly berkata, kes berkaitan cuaca panas di negara ini masih terkawal dan orang ramai dinasihatkan mengambil langkah berjaga-jaga dalam menghadapi cuaca panas terutama menjelang Ramadan nanti.

Sementara itu, Dzulkefly berkata terdapat 33 Wellness Hub diwujudkan di seluruh negara sehingga kini dalam usaha menyediakan kemudahan dan perkhidmatan kesejahteraan kesihatan kepada komuniti setempat.

Wellness Hub di Terengganu katanya, mula beroperasi pada 24 Feb lepas dengan menyediakan 13 pakej perkhidmatan kesejahteraan kesihatan antaranya saringan faktor kesihatan, pengurusan berat badan dan perkhidmatan berhenti merokok.

“Wellness Hub Terengganu ini penting dalam menggalakkan tingkah laku sihat, mengurangkan prevalen penyakit kronik serta penyebaran penyakit berjangkit.

“Saya berharap agar agensi kerajaan, badan bukan kerajaan, pemimpin-pemimpin komuniti dan persatuan turut berganding bahu memainkan peranan dalam memperkukuh perkhidmatan kesejahteraan kesihatan secara holistik kepada rakyat Terengganu,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.