15 kompaun dikeluarkan terhadap resort di Semporna

17 May 2026 • 9:42 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

15 kompaun dikeluarkan terhadap resort di Semporna

SEMPORNA: Sebanyak 15 kompaun bernilai RM10,000 dikeluarkan terhadap pengusaha resort di Semporna dalam operasi penguatkuasaan bersepadu, pada Khamis.

Operasi yang dijalankan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna bersama Majlis Daerah Semporna itu melibatkan pemeriksaan ke atas enam resort di daratan bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan pelesenan dan operasi.

Seramai 29 pegawai serta anggota penguat kuasa daripada kedua-dua agensi terlibat dalam operasi berkenaan. Ketua Polis Daerah Semporna, Supt Tan Hiap Wah  berkata, beberapa kesalahan berkaitan pelesenan dan operasi perniagaan dikesan semasa pemeriksaan dijalankan.

“Majlis Daerah Semporna mengeluarkan 15 kompaun berjumlah RM10,000 terhadap premis yang didapati melanggar peraturan.

“Dalam operasi itu, polis turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 23 tahun yang disyaki memiliki beberapa haiwan eksotik serta daging hidupan liar tanpa permit,” katanya.

Menurut Tan, suspek bersama barangan rampasan telah diserahkan kepada Jabatan Hidupan Liar Sabah untuk siasatan dan tindakan lanjut.