15 Pelajar UPSI Terkorban: Laluan JRTB Sudah Dipasang Lampu Solar!

LocalEnvironment
31 Jul 2025 • 10:00 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Lokasi yang meragut nyawa 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli akhirnya sudah dipasang dengan lampu solar.

Beberapa gambar yang dimuat naik ke internet menunjukkan pihak berkuasa tempatan melakukan kerja-kerja pemasangan lampu itu kelmarin.

Terdahulu, Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak, Ir. Zamri Mat Kasim berkata, sebanyak 385 lampu solar akan dipasang di laluan terbabit.

image is not availableimage is not available

"Keputusan pemberian tender bagi projek pemasangan lampu di laluan tersebut telah dimuktamadkan pada awal bulan ini," katanya.

Beliau bagaimanapun menegaskan pemasangan itu tiada kaitan dengan kemalangan bas membawa pelajar UPSI sebaliknya laluan JRTB telah diberi perhatian untuk kerja menaik taraf sejak Jun 2023.

Sementara itu, rata-rata pengguna jalan raya terbabit bersyukur kerana lokasi maut itu akhirnya dipasang dengan lampu jalan.

“Alhamdulillah, cerah masa depan sebab selalu pergi Kelantan,” kata @Man Ferio.

Difahamkan, selain pemasangan lampu jalan, JKR akan menurap semula jalan dan garisan jalan termasuk menggantikan semula papan tanda yang rosak.

Media tempatan melaporkan seramai 15 orang disahkan maut dalam satu kemalangan tragis membabitkan sebuah bas yang membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Gerik, pada Jun lalu.