15 Port Berkelah Tepi Sungai Wajib Pergi Di Sekitar Kuching

26 Jan 2025 • 4:29 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Sama ada anda ingin berkelah, berekreasi atau hanya ingin duduk santai – ini adalah pilihan terbaik

15 Port Berkelah Tepi Sungai Wajib Pergi Di Sekitar Kuching. Tahukah anda? Sarawak mempunyai pelbagai tempat tersembunyi yang menakjubkan – air terjun yang menyejukkan mata, tempat rekreasi yang ‘chill’, dan lokasi perkelahan yang mesra keluarga. Kami dah pilih 15 lokasi terbaik di Kuching dan sekitarnya untuk jadikan waktu healing atau cuti sekolah lebih bermakna.

Kalau tak meneroka tempat-tempat ni masa cuti sekolah, memang rugi habis ✨ Dalam artikel ini, kami dah senaraikan siap-siap tempat berkelah tepi sungai mengikut lokaliti seperti Kuching, Bau, Padawan. Jom kita tengok.

image is not available
15 Port Berkelah Tepi Sungai Wajib Pergi Di Sekitar Kuching. Kredit foto: FB Sharon Olivia Michael via Subee Homestay

Port Berkelah di Kawasan Bau

1. Libiki Bamboo Resort

    • Keunikan: Resort tepi sungai yang kebanyakannya menggunakan buluh sebagai bahan seni bina dan jambatan. Ada aktiviti ATV pelbagai peringkat trail, aktiviti memanah dan aktiviti trekking hutan serta tubing untuk dicuba.
    • Bayaran Masuk: Dewasa: RM3 | Kanak-Kanak: RM2 | Pondok pelbagai saiz: RM 20 hingga RM 50
    • Lokasi: Toluok Mongag, Jalan Kampung Bijuray Mongag, 94000 Bau, Sarawak
    • Peta Google Map: https://maps.app.goo.gl/gbXBPHPpnmCtJVfdA

    image is not available
    Kredit foto: FB Libiki Bamboo Resort

    2. Abba Paradise

    • Keunikan: Tapak perkhemahan dan tapak BBQ yang mesra keluarga, kolam renang dengan air jernih yang mengalir dari gunung, aktiviti menelusuri denai, dengan penginapan rumah pokok. Boleh walk-in atau melalui tempahan selewat-lewatnya sehari sebelum.
    • Bayaran Masuk: Tapak khemah: RM 10 seorang untuk 1 malam | Dewasa: RM 8 | Kanak-kanak: RM 5 | Warga emas dan OKU: Percuma
    • Lokasi: Berhampiran Pekan Bidi, 94000 Bau, Sarawak
    • Peta Google Map: https://maps.app.goo.gl/3k2MCYtfbAsM4Run6

    image is not available
    Kredit foto: FB Abba Paradise

    3. Subee Homestay Riverfront Cabin and Beach

    • Keunikan: Subee Homestay di Kampung Segong, Bau, Sarawak, menawarkan penginapan kabin tepi sungai yang mesra keluarga. Dengan sungai cetek kurang dari satu meter, ia sesuai untuk aktiviti mandi-manda, berkelah, berkayak, berkhemah, dan BBQ. Memiliki kemudahan seperti tapak perkelahan, kabin, tapak perkhemahan, kayak, pit BBQ, serta tandas dan bilik mandi. Terletak selepas jambatan Bailey di Adis Soli, Bau.
    • Bayaran Masuk: (akan dikemaskini)
    • Pertanyaan: Telefon or WhatsApp 0135758155
    • Lokasi: Kampung Segong, 94000 Bau, Sarawak
    • Peta Google Map: https://maps.app.goo.gl/8DWrQ8WwaWGdxvMH9

    image is not available
    Kredit foto: FB Sharon Olivia Michael via Subee Homestay

    4. Koloyan River Cottage

    • Keunikan: Koloyan River Cottage di Kampung Blimbin, Krokong, Bau, Sarawak, menawarkan pengalaman inap desa yang dikelilingi alam semula jadi berhampiran aliran sungai yang jernih. Pengunjung boleh menikmati aktiviti seperti berkelah, berkhemah, dan BBQ di tepi sungai. Untuk penginapan, terdapat pilihan seperti rumah panjang dan chalet dengan kemudahan dapur dan tempat BBQ.
    • Bayaran Masuk:
      • 13 tahun dan ke atas – RM 5 | 12 tahun dan ke bawah – Percuma
      • Tapak perkhemahan: RM2 seorang | RM20 bagi setiap khemah yang dibawa sendiri.
    • Pertanyaan: Hubungi 016-866 8360 atau emel ke koloyanrivercottage@gmail.com atau layari Facebook Koloyan River Cottage
    • Lokasi: B-1154, Pisa, Lorong 12, Jalan Kg Blimbin, Krokong, 94000 Bau, Sarawak
    • Peta Google Map: https://maps.app.goo.gl/TCKw17p9tqPZvt24A

    image is not available
    Kredit foto: FB Koloyan River Cottage

    5. Segong River Picnic

    • Keunikan: Segong River Picnic di Kampung Segong, Bau, adalah lokasi perkelahan popular dengan sungai jernih yang mengalir dari pergunungan, sesuai untuk mandi-manda, berkelah, dan BBQ. Disarankan untuk tidak menggunakan kereta kecil kerana terdapat jalan berbatu dan sedikit pendakian yang memerlukan pemanduan berhati-hati. Sungainya sesuai untuk mandi-manda dengan air yang tidak terlalu sejuk, malah anda juga boleh menangkap ikan-ikan kecil.
    • Bayaran Masuk: 13 tahun dan ke atas – RM 5 | 12 tahun dan ke bawah – Percuma
    • Lokasi: Kampung Segong, 94000 Bau, Sarawak
    • Peta Google Map: https://maps.app.goo.gl/2WpDmPCoXVUhxr6E7

    image is not available
    Kredit foto: Google Review

    6. Adis Tiporang Resort and Homestay

    • Keunikan: Tempat ini menawarkan persekitaran sungai yang bersih dan selamat, sesuai untuk aktiviti mandi-manda anak-anak. Sewa tapak perkhemahan di sini juga berpatutan, dengan kemudahan seperti akses elektrik, ruang BBQ, dan tapak khemah yang mudah didirikan bersebelahan kenderaan anda. Selain itu, layanan mesra daripada pemilik menjadikan tempat ini destinasi yang sesuai untuk percutian santai bersama keluarga.
    • Bayaran Masuk: Sewa tapak perkhemahan – RM 15
    • Pertanyaan: Hubungi Uncle Jessy di talian +6017-854 2732 atau Natalie di +6017-805 1996.
    • Lokasi: Kampung Segong, 94000 Bau, Sarawak
    • Peta Google Map: https://maps.app.goo.gl/kTxPtBUXiB9vygBV8

    image is not available
    Kredit foto: FB Saperi bin Antoni via Sarawak Family Camping

    7. Sungai Pidiek, Kampung Suba Buan

    • Keunikan: Turut dikenali dengan nama Pangkalan Bidi, destinasi ini betul-betul terletak di bawah jambatan kayu Jalan Kampung Suba Buan, sesuai untuk aktiviti seperti mandi-manda, berkelah, dan menikmati keindahan alam. Pengunjung boleh merasai ketenangan bunyi aliran sungai yang mengalir di antara pepohonan, menjadikannya tempat ideal untuk melepaskan tekanan harian.
    • Bayaran Masuk: Percuma
    • Lokasi: Kampung Suba Buan, 94000 Bau, Sarawak
    • Peta Google Map: https://maps.app.goo.gl/htcY1KGcGA42QYk77

    image is not available
    Kredit foto: FB Orchid Dayang & Felixs Benny Kon via Google Review

    8. Adis Buan Resort

    • Keunikan: Terletak kira-kira 45 minit pemanduan dari Kuching, resort ini menawarkan pelbagai aktiviti seperti berkhemah, berkelah, BBQ, dan berkayak di sungai yang jernih dengan air mengalir dari gunung. Kemudahan yang disediakan termasuk penginapan gaya kampung dengan harga RM50 hingga RM80 semalam, pondok untuk disewa, dan kawasan BBQ.
    • Bayaran Masuk: Kanak-kanak 13 tahun dan ke atas: RM 5 | Kanak-kanak 7 hingga 12 tahun: RM 2 | Kanak-kanak 6 tahun ke bawah: Percuma
    • Pertanyaan: Hubungi +6012-8569866
    • Lokasi: Kampung Segong, 94000 Bau, Sarawak
    • Peta Google Map: https://maps.app.goo.gl/h48Dm6yyjJrt6Xtc7

    Port Berkelah di Siburan dan Padawan

    9. Kampung Pesang River Lodge

    • Keunikan: Kampung Pesang River Lodge di Padawan, Sarawak, menawarkan destinasi percutian yang ideal untuk keluarga dan rakan-rakan menikmati aktiviti seperti mandi-manda di sungai yang jernih, berkelah, berkhemah, BBQ, dan karaoke. Malah, anda juga boleh melakukan aktiviti tambahan seperti eksplorasi gua dan trekking hutan. Tempat letak kereta disediakan, dan jika penuh, terdapat kawasan parkir berdekatan dengan bayaran tambahan.
    • Bayaran Masuk: Dewasa – RM3 | Remaja – RM2 | Kanak-kanak – Percuma
    • Pertanyaan:
      • Dony Nuong: 013-811 5376
      • Robert: 011-2518 5291
      • Angela Jinget: 016-864 3947
    • Lokasi: Kampung Pesang, 94700 Siburan, Sarawak
    • Peta Google Map: https://maps.app.goo.gl/Zt87d9ZiN224fAKy7

    10. Teng Bukap Blue Pool

    • Keunikan: Teng Bukap Blue Pool di Padawan, Sarawak, adalah destinasi semula jadi yang menakjubkan, terkenal dengan airnya yang biru kristal hasil daripada aliran sungai di atas batu kapur. Terletak kira-kira sejam pemanduan dari Kuching, ia menawarkan suasana tenang yang sesuai untuk aktiviti seperti berenang, berkelah, dan fotografi. Pengunjung hanya perlu berjalan kaki sebentar dari kawasan parkir untuk sampai ke kolam ini.
    • Bayaran Masuk: Percuma
    • Lokasi: Q119-2 Jalan Padawan, 94700 Siburan, Sarawak
    • Peta Google Map: https://maps.app.goo.gl/HWkryx2XL2zntie67

    image is not available
    Kredit foto: FB Yi Yang Soh

    11. Jangoi River Lodge

    • Keunikan: Jangoi River Lodge di Kampung Peraya, Padawan, menawarkan pengalaman perkelahan dan perkhemahan yang unik di tepi Sungai Sirin yang jernih. Pengunjung boleh menikmati aktiviti seperti berenang, BBQ, dan berkhemah dalam suasana alam semula jadi yang tenang. Kemudahan yang disediakan termasuk tandas, tempat letak kereta, dan tapak perkhemahan yang selesa.
    • Bayaran Masuk:
      • 13 tahun dan ke atas: RM3
      • 7-12 tahun: RM1
      • 6 tahun dan ke bawah: PERCUMA
    • Pertanyaan: Whatsapp di pautan wasap.my/601119690294 atau hubungi Facebook Jangoi River Lodge
    • Lokasi: 14km, Jln Padawan, Kampung Peraya, Padawan, 94200 Siburan, Sarawak
    • Peta Google Map: https://maps.app.goo.gl/kFCfF19SPbwWEL48A

    image is not available
    Kredit foto: FB Jangoi River Lodge

    12. Perrez Riverside, Borneo Highland

    • Keunikan: Terletak di Padawan, Jalan Puncak Borneo Kuching, anda boleh menikmati aktiviti day trip, berkelah, BBQ, atau camping bermalam dengan kemudahan lengkap seperti tandas, bilik mandi, dan tapak khemah (Tanju).
    • Bayaran Masuk:
      • Day Trip: RM5 seorang (Kanak-kanak bawah 6 tahun percuma)
      • Camping Fee: RM10 seorang/malam (Kanak-kanak bawah 6 tahun percuma)
      • Tapak Khemah (Day Trip): RM35 – RM50 (bergantung pada saiz)
      • Tapak Khemah (Camping): RM50 – RM80/malam (bergantung pada saiz)
      • BBQ Pit: RM10 (BBQ mudah alih)
      • Portable Speaker: RM80 untuk 4 jam
    • Waktu Operasi:
      • Day Trip: 9.00 pagi – 6.00 petang
        • Isnin–Jumaat: Dibuka hanya untuk tempahan 10 orang ke atas
        • Sabtu & Ahad: Dibuka untuk semua
      • Camping: Check-in awal (9.00 pagi) dan check-out lewat (12.00 tengah hari) bergantung kepada kekosongan
    • Pertanyaan: Whatsapp di pautan www.wassap.my/601165091711/PerrezRiverside atau www.wassap.my/60123698573/PerrezRiverside (Bayaran awal digalakkan untuk memastikan tempahan.)
    • Lokasi: Q117-3, Kampung Abang Padawan, Jalan Borneo Height, 94700 Siburan, Sarawak
    • Peta Google Map: https://maps.app.goo.gl/E2y6SPjeZBJnRhYY6

    image is not available
    Kredit foto: FB Perrez Riverside

    Port Berkelah di Kuching

    13. Meteor Garden Recreational Farm, Matang

    • Keunikan: Lokasi ini menawarkan aktiviti seperti berkhemah, mandi-manda, dan penginapan hujung minggu yang santai. Ia dilengkapi kemudahan asas seperti tandas, tempat letak kereta, dapur terbuka, kawasan unggun api, dan sewaan khemah serta peralatan BBQ.
    • Bayaran Masuk:
      • Tapak khemah: RM30/khemah
      • Sewa khemah: RM40 (kecil), RM60 (besar), Dome Shelter Tent RM50
      • Pondok BBQ: RM30 (termasuk set BBQ)
      • Pondok besar: RM200 (10-30 orang, termasuk BBQ set, karaoke, dan peralatan makan)
    • Pertanyaan: ⁨Hubungi 010-969 4858⁩ atau Facebook Meteor Garden Recreational Farm
    • Lokasi: No 70 L1378 SL16, Jln Kwong Thiong, Taman Kwong Thiong, 93250 Kuching, Sarawak
    • Peta Google Map: https://maps.app.goo.gl/FBKCLEPXRXNs4GKJ8

    image is not available
    Kredit foto: FB Lullabies Kch

    14. Retreat 2 Serapi Matang

    • Keunikan: Terletak di Jalan Kampung Matang (arah Politeknik Kuching), Retreat 2 Serapi adalah destinasi yang serba lengkap untuk aktiviti keluarga dan rakan. Anda boleh mandi sungai, menikmati BBQ, atau bermalam di kawasan yang tenang dan indah. Lagi pula, kawasan BBQ nya lengkap dengan tempat memanggang, tandas, sinki, tempat duduk dan kanopi serba moden. Sambil memanggang, siap boleh celup kaki jer tepi sungai!
    • Bayaran Masuk:
      • Hari Biasa: RM10/seorang | RM20/sekeluarga (2 dewasa + 2 kanak-kanak)
      • Hujung Minggu & Cuti Umum: RM15/seorang | RM30/sekeluarga (2 dewasa + 2 kanak-kanak)
      • Harga BBQ Port: Besar – RM50 | Kecil – RM25 (Jika kurang daripada 10 orang, caj tetap dikenakan.)
    • Pertanyaan: Layari laman sesawang www.sbeu.org.my atau WhatsApp: 012-8893027
    • Lokasi: 80, Jln Akses Stesen Troposcatter Gunung Serapi, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak
    • Peta Google Map: https://maps.app.goo.gl/rvV7jtP2PV9gdKzu5

    image is not available

    15. BONUS – Air Terjun Ranchan

    • Keunikan: Kawasan air terjun ini merupakan kawasan riadah awam di bawah seliaan Majlis Daerah Serian. Kawasannya yang besar memberikan pengunjung lebih banyak pilihan spot untuk berkelah di sepanjang sungai selain boleh menggunakan pondok-pondok yang disediakan. Disarankan untuk tiba sebelum jam 11 pagi bagi mengelakkan spot yang kurang baik, terutamanya pada hari minggu dan cuti sekolah.
    • Bayaran Masuk: Percuma
    • Lokasi: Jalan Taman Rekreasi Ranchan Serian, 94700 Serian, Sarawak
    • Peta Google Map: https://maps.app.goo.gl/9XDwH5HiF5YKMaGz6

    image is not available
    Kredit foto: FB Azni Yati & ZS AA via Google Review

    Mana satu tempat yang anda dah pernah pergi? Kalau belum, apa kata jadikan senarai ni bucket list anda, terutamanya pada musim cuti sekolah untuk meluangkan masa bersama keluarga, anak-anak dan rakan-rakan. Tag kawan-kawan dan keluarga anda sekarang untuk merancang perjalanan ke sini!

    Ini pula senarai taman permainan indoor di Kuching untuk meluangkan masa bersama anak-anak

    View Original Article