15 September cuti tambahan sempena Hari Malaysia

LocalPolitics
23 Jul 2025 • 11:24 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: FMT Reporters

PETALING JAYA: Kerajaan mengumumkan 15 Sept ini sebagai hari kelepasan am tambahan sempena sambutan Hari Malaysia.

Ketika mengumumkan perkara itu dalam sidang media khas, Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, berkata ia bagi menghargai ukhwah perpaduan dan keistimewaan pembentukan Malaysia.

“Sukacita diumumkan bahawa 15 Sept 2025, Isnin diisytiharkan sebagai hari kelepasan am tambahan bersempena sambutan Hari Malaysia pada tahun ini.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Hari kelepasan ini bagi menghargai ukhwah perpaduan dan keistimewaan pembentukan Malaysia,” katanya.

Beliau berkata, ini juga bagi memberi galakan agar rakyat menjalinkan silaturahim sesama keluarga di kampung atau meluangkan masa bercuti di dalam negara.