15 unit ambulans 4WD untuk perkasa fungsi APM Sabah

24 Jun 2023 • 2:52 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sabah memperoleh 15 unit ambulans 4WD bernilai RM4.04 juta, tahun ini, sebagai aset baharu bagi memperkasakan lagi fungsinya dalam memberi khidmat kepada rakyat khususnya di kawasan luar bandar dan pedalaman.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali berkata APM memohon ambulans 4WD baharu tahun ini untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada 15 daerah di Sabah termasuk kawasan dan kampung yang tidak boleh diakses menggunakan ambulans biasa.

Beliau berkata penyediaan kemudahan dan aset penting itu juga selaras dengan Akta APM 1951 yang dikuatkuasakan pada 1952 dengan fungsi utamanya untuk melatih dan melengkapkan masyarakat sivil supaya sentiasa bersedia apabila menghadapi sebarang cabaran termasuk ancaman musuh, bencana dan apa jua bentuk kecemasan.