
TAWAU: Prestasi pelaksanaan projek naik taraf 151 pos Pasukan Gerakan Am (PGA) di seluruh negara yang membabitkan peruntukkan RM45 juta berjalan sangat baik dan mengikut peraturan.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata salah satu pos terlibat di daerah Kalabakan sudahpun berjaya dilaksanakan sekitar 90 peratus.
Katanya, keadaan tersebut hampir sempurna berbanding sebelum ini apabila pos PGA itu hanya khemah biasa.
