16 maut terkena renjatan elektrik di tapak projek sungai di India

19 Jul 2023 • 7:06 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

NEW DELHI: Sekurang-kurangnya 16 orang maut akibat terkena renjatan elektrik di tapak projek sungai di negeri Uttarakhand utara India selepas sebuah transformer kuasa meletup pada Rabu.

Kebanyakan mereka sedang bekerja di tapak projek “Namami Gange” di tebing sungai Alaknanda di daerah Chamoli, menurut laporan media tempatan.

Mangsa yang maut termasuk seorang pegawai polis dan tiga anggota Home Guard.

Beberapa orang lagi turut cedera di loji rawatan kumbahan itu, menurut laporan itu.

“Arahan siasatan berhubung kejadian telah dikeluarkan, “ kata ketua menteri Uttarakhand Pushkar Singh Dhami. -Bernama