16 Peratus Keluar Mengundi Awal - SPR

Politics
15 Nov 2022 • 10:29 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Seorang petugas SPR membantu seorang anggota polis yang ingin membuang undi di Bukit Aman, hari ini. - Gambar oleh Azim Rahman

KUALA LUMPUR - Statistik keluar mengundi bagi undi awal Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) setakat jam 9 pagi tadi adalah sebanyak 16 peratus.

Perkara tersebut diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Sebanyak 224,828 pengundi awal dijangka keluar mengundi hari ini di 578 pusat mengundi awal PRU-15 di seluruh negara dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Sabah.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Ikmalrudin Ishak dilaporkan berkata, pengundi awal itu terdiri daripada 117,473 anggota tentera dan pasangan serta 107,355 polis, polis Pasukan Gerakan Am (PGA) dan pasangan.

Beliau berkata, kertas undi awal tidak akan dikira pada hari pengundian awal dan semua peti undi akan disimpan di lokap balai polis untuk jagaan selamat.

Katanya, kertas undi hanya akan dikira pada 19 November, bermula jam 4 petang di tempat pengiraan undi yang ditetapkan SPR serta disaksikan oleh ejen calon masing-masing. - Getaran, 15 November 2022