16 tarikh cuti kelepasan am Selangor 2023, yang perlu bekerja ini kadar bayarannya

29 Dec 2022 • 4:33 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

CUTI kelepasan am juga dikenali sebagai cuti umum. Ramai yang memanfaatkannya untuk melangsaikan pelbagai perkara dan meluangkan masa bersama keluarga.

Bagi tahun 2023, Setiausaha Negeri Selangor mengumumkan 16 tarikh cuti kelepasan am seperti berikut:

HARI KELEPASAN AM NEGERI SELANGOR

1.Tahun Baru 2023 – 1 Januari (Ahad)

2.Hari Thaipusam – 5 Februari (Ahad)

3.Hari Nuzul Al-Ouran – 8 April (Sabtu)

4. Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor – 11 Disember (Isnin)

image is not available

HARI KELEPASAN AM PERSEKUTUAN

1.Tahun Baru Cina Tahun Baru Cina – 22 Januari (Ahad)
Tahun Baru Cina Tahun Baru Cina (Hari kedua) – 23 Januari (Isnin)

2. Hari Raya Puasa – 22 April (Sabtu)
Hari Raya Puasa (Hari kedua) – 23 April (Ahad)

3.Hari Pekerja – 1 Mei (Isnin)

4.Hari Wesak – 4 Mei (Khamis)

5.Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong – 5 Jun (Isnin)

6. Hari Raya Korban – 29 Jun (Khamis)

7.Awal Muharam (Maal Hijrah) – 19 Julai (Rabu)

8.Hari Kebangsaan – 31 Ogos (Khamis)

9.Hari Malaysia – 16 September (Sabtu)

10.Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW (Maulidur Rasul) – 28 September (Khamis)

11.Hari Deepavali – 12 November (Ahad)

12-Hari Krismas – 25 Disember (Isnin)

image is not available
Kredit foto: Pexels

Jika mana-mana Hari Kelepasan Am Negeri jatuh pada hari kelepasan mingguan maka hari yang berikutnya hendaklah menjadi Hari Kelepasan Am. dan jika hari sedemikian adalah sememangnya Hari Kelepasan Am maka hari yang berikutnya hendaklah menjadi Hari Kelepasan Am.

Jika Hari Kelepasan Am itu jatuh pada hari Sabtu, maka hari Sabtu juga adalah mererupakan Hari Kelepasan Am dan tidak akan diganti pada hari-hari yang lain.

10 hari minimum manakala empat ini diwartakan

Menurut Jabatan Tenaga Kerja, Kementerian Sumber Manusia, pekerja berhak menerima cuti umum minimum sebanyak 10 hari setahun.

Cuti yang diwartakan termasuk empat hari cuti umum berikut iaitu:

  • Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
  • Hari Keputeraan Sultan/ Yang Dipertua Negeri/ Wilayah Persekutuan
  • Hari Pekerja
  • Hari Kebangsaan

Kadar bayaran bagi pekerja yang bekerja pada hari cuti kelepasan am adalah berbeza.

Bagi pekerja yang bergaji bulanan, mingguan, harian dan jam, kadar upah perlu dibayar oleh majikan ialah sebanyak dua hari upah pada kadar biasa.

Pekerja yang dibayar upah mengikut kadar kerja (piece rate) pula, kadar upah mereka perlu dibayar dua kali ganda kadar biasa bagi satu kadar.

Kredit foto: Unsplash

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi