16 Wanita Terperangkap 30 Minit Dalam Lif Di Kuching Gara-Gara Lebih Muatan

19 Feb 2024 • 9:55 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Pasukan bomba selamatkan 16 wanita terperangkap dalam lif di UTC

16 Wanita Terperangkap 30 Minit Dalam Lif Di Kuching Gara-Gara Lebih Muatan. Seramai 16 wanita berdepan detik cemas pabila terkurung di dalam sebuah lif hampir setengah jam di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Jalan Bukit Mata, Kuching, Sarawak pada hari Sabtu.

Menurut laporan, pihak Bomba dan Penyelamat Padungan menerima panggilan berkaitan insiden tersebut pada pukul 4.30 petang.

image is not available
16 Wanita Terperangkap 30 Minit Dalam Lif Di Kuching Gara-Gara Lebih Muatan. Sumber: majoriti

Setelah tiba di lokasi, didapati 16 wanita terperangkap di dalam lif bangunan itu akibat muatan yang melebihi had.

Membuka sedikit celahan pintu lif untuk udara masuk

Pasukan Alpha mengambil tindakan membuka sedikit celah pintu lif dengan menggunakan 1 unit ‘crowbar‘ untuk membolehkan udara masuk.

Selepas itu, pintu lif berjaya dibuka dan semua mangsa keluar dengan selamat. Operasi menyelamatkan mangsa ditamatkan pada pukul 4.58 petang hari Sabtu itu.

Baca juga artikel yang berkaitan dengan detik cemas:

https://www.iloveborneo.my/detik-cemas-dimaki-peminta-sedekah-kuching

https://www.iloveborneo.my/wanita-depan-detik-cemas-myvi-terbalik-tokong

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved