16 wanita warga Afrika ditahan terlibat aktiviti pelacuran di Bukit Bintang

23 Jun 2024 • 3:24 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

KUALA LUMPUR, 23 JUN: Seramai 16 wanita warga Afrika yang dipercayai terlibat dalam aktiviti persundalan di sekitar Bukit Bintang ditahan malam tadi dalam serbuan di sebuah hotel bajet di sini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Delhan Yahaya berkata semua wanita berumur lingkungan 21 hingga 40 tahun itu aktif melakukan aktiviti berkenaan sejak kebelakangan ini dengan menawarkan khidmat seks kepada pelancong dan warga tempatan pada harga RM100.

Beliau berkata wanita ini akan menggunakan taktik berdiri di tepi jalan bagi mendapatkan pelanggan di sekitar Bukit Bintang sebelum dibawa ke bilik hotel bajet berkenaan yang disewa secara harian.

“Berdasarkan risikan selama seminggu kumpulan wanita berkenaan didapati kerap bertukar hotel bajet bagi mengelakkan kegiatan mereka dikesan pihak berkuasa.

“Dalam serbuan itu polis merampas 40 keping kondom, 10 tiub gel pelincir, 14 telefon bimbit dan wang tunai RM800,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kesemua mereka disiasat di bawah Seksyen 372B Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 dan permohonan reman akan dibuat hari ini.

Noor Dellhan turut menyeru orang ramai dan pihak hotel untuk memberikan kerjasama dengan menyalurkan maklumat terhadap sebarang kegiatan menyalahi undang-undang.

— BERNAMA

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved