
SANDAKAN: Lima warga asing ditahan dalam satu operasi bersepadu yang dijalankan di Pasar Umum Pusat Bandar Sandakan, petang Rabu.
Operasi yang dikenali sebagai Ops Poket ini dilaksanakan oleh Polis Daerah Sandakan dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Kesemua individu ditahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah serta disyaki tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan di Malaysia.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Operasi dijalankan dari jam 4 petang hingga 6 petang dengan tujuan membanteras jenayah dan mengekang kehadiran pendatang asing tanpa izin (PTI), selain menguatkuasakan undang-undang berkaitan dokumentasi.
Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Sandakan, Supt Ramasamy a/l Kuppan, semua tangkapan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan dan diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut.
Terdahulu, 11 warga asing ditahan pada Selasa semasa operasi bersepadu di sini kerana gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah serta tinggal lebih masa di negara ini.
Kesemua suspek ditahan menerusi operasi bersepadu Ops Poket yang dijalankan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan bersama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Ramasamy berkata, kerjasama strategik bersama JIM, MPS dan JPN ini antara lain bertujuan untuk membanteras jenayah dan kehadiran pendatang asing tanpa izin (PTI), selain menguatkuasakan undang-undang berkaitan dokumentasi serta mengekang aktiviti haram di kawasan pusat bandar.
Ramasamy menambah, operasi seumpama akan terus dijalankan bagi memastikan kselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara.


