160 ketua UMNO bahagian tuntut Najib segera diberi kebenaran jalani tahanan rumah

LocalPolitics
17 Jul 2025 • 11:40 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Tuntutan supaya Titah Adendum Yang di-Pertuan Agong ke-16 berhubung isu tahanan rumah Datuk Seri Najib Tun Razak terus mendapat tekanan hebat apabila digesa untuk dilaksanakan.

Desak segera laksanakan tahanan rumah ke atas Najib

Memetik laporan daripada Malaysia Gazette, seramai 160 ketua UMNO bahagian tampil mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar segera melaksanakan titah yang dikeluarkan pada 4 Januari lalu.

“Datuk Seri Najib perlu menjalani baki hukuman melalui tahanan dalam rumah sebagaimana yang telah diperkenankan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-16.

“Tiada sebarang alasan lagi untuk melengah-lengahkannya,” kata jurucakap kumpulan, Datuk Seri Dr Mohd Shafie Abdullah.

image is not available

Cadang semua UMNO bahagian bersolidariti demi Najib dapat jalani tahanan rumah

Malah, mereka mencadangkan agar semua UMNO bahagian yang belum bersidang membawa usul khas berkaitan isu ini demi membuktikan solidariti parti dan penghormatan terhadap Institusi Diraja.

“Usul ini penting sebagai bukti kesepakatan dan solidariti parti dalam mempertahankan institusi Raja-Raja Melayu serta menegakkan prinsip keadilan untuk semua,” tegasnya.

image is not available

Dalam pada masa yang sama, Peguam Negara juga didesak agar menarik balik permohonan rayuan ke Mahkamah Persekutuan.

Menurut mereka, tindakan menyorokkan titah lebih setahun bukan sahaja menimbulkan persoalan, malah boleh mencemarkan nama baik Institusi Diraja.

“Fakta ini jelas menunjukkan Peguam Negara dengan sengaja menyorokkan titah tersebut lebih dari setahun, tindakan yang amat mendukacitakan seluruh ahli parti dan rakyat Malaysia yang menjunjung prinsip Raja Berperlembagaan,” katanya.

image is not available

Tambah beliau lagi, pertemuan yang diadakan malam itu adalah sebagai respon terhadap kenyataan Setiausaha Agung UMNO bertarikh 11 Julai 2025, sekali gus mencerminkan bahawa isu ini bukan soal individu semata-mata.

Sumber: Malaysia Gazette (Nizam Zain)