160 murid di Putatan terima bantuan persekolahan

23 Feb 2024 • 1:25 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

PUTATAN: Seramai 160 murid membabitkan Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Putatan dan SK Kampung Contoh menerima bantuan persekolahan sebelum sesi persekolahan bermula pada 11 Mac ini.

Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Kerja Raya, Datuk Shahelmey Yahya berkata bantuan persekolahan berbentuk beg dan alat tulis itu diagihkan kepada murid dari golongan keluarga yang berpendapatan rendah.

Menurutnya, bantuan persekolahan terbabit telah disumbangkan oleh Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah.

Katanya, selain pengagihan bantuan persekolahan, perkhidmatan menggunting rambut untuk murid secara percuma turut diadakan dalam program itu.