167 mangsa banjir ditempatkan di PPS di Kedah

27 Oct 2022 • 10:53 AM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

ALOR SETAR: Bagi menempatkan 167 mangsa banjir di daerah Padang Terap dan Kubang Pasu, tiga pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Kedah malam tadi.

Menurut Ketua Bahagian Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain, mangsa yang terlibat terdiri daripada 51 keluarga dari dua daerah di situ.

image is not available
Kredit : FB APM Kedah

Dua PPS telah ditubuhkan di kawasan Padang Terap pada jam 11:46 malam iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Tualak menempatkan 43 orang daripada 15 keluarga, manakala SK Perik menempatkan 33 orang daripada lapan keluarga.

image is not available

Menurut kenyataan yang dikeluarkannya hari ini, “hujan berterusan sejak jam 5 petang semalam menyebabkan paras air Sungai Janing meningkat dan menjejaskan tiga kampung iaitu Kampung Perik, Kampung Labi, dan Kampung Bendang Raja.”

image is not available
Kredit : FB APM Kedah

Tambahnya, satu PPS iaitu SK Binjai di daerah Kubang Pasu telah dibuka pada pukul 10.30 malam yang menempatkan 91 orang daripada 28 keluarga dari Kampung Telok, Kampung Bendang Dalam dan Kampung Tanjung.

image is not available

MAPIM MALAYSIA DALAM SIAP SIAGA UNTUK MISI BANTUAN KECEMASAN BENCANA BANJIR

Bersama kami membantu mangsa banjir melalui sumbangan infaq menerusi

Akaun Maybank

562263540066

TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM

HOTLINE MAPIM MALAYSIA

Jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038