17 Individu Disiasat MCMC Berhubung Maklumat Palsu Bahan Api, Tarif Elektrik

LocalPolitics
3 Apr 2026 • 9:47 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

17 Individu Disiasat MCMC Berhubung Maklumat Palsu Bahan Api, Tarif Elektrik

CYBERJAYA -- 17 individu disiasat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berhubung dipercayai telah menyebarkan maklumat berunsur palsu mengenai kenaikan harga bahan api dan tarif baharu elektrik yang tular di platform media sosial.

MCMC dalam satu kenyataan berkata sebanyak lapan suspek telah selesai memberi keterangan termasuk lima kes hantaran berunsur palsu berkaitan isu kenaikan harga bahan api.

Daripada lima kes tersebut, tiga suspek telah dirakam percakapan sebelum ini dan semalam baki dua lagi telah selesai dirakam percakapan.

"Sementara itu, terdapat tiga kes berkaitan tarif baharu elektrik. Baki sebanyak sembilan lagi suspek sedang dalam proses pemantauan lanjut dan akan dipanggil untuk rakaman percakapan dalam masa terdekat.

Baca juga:

"Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga dua (2) tahun, atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan," maklum kenyataan.

Sehubungan itu, MCMC memandang serius sebarang penyalahgunaan platform media sosial yang bertujuan untuk mengelirukan orang ramai dengan penyebaran maklumat palsu.

"Penyebaran maklumat-maklumat palsu ini boleh menimbulkan suasana panik dan kegelisahan kepada pengguna.

"Tindakan tegas akan dikenakan terhadap mana-mana individu yang didapati melanggar undang-undang sedia ada," jelas MCMC.