17 Kes Cedera Akibat Mercun Direkodkan Di Kelantan

19 Apr 2023 • 9:24 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) merekodkan 17 kes kecederaan akibat bermain mercun sejak 25 Mac hingga kini - Gambar Hiasan

KOTA BHARU - Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) merekodkan 17 kes kecederaan akibat bermain mercun sejak 25 Mac hingga kini.

Pengarahnya Datuk Dr Zaini Hussin berkata mangsa yang tercedera adalah golongan kanak-kanak berusia antara 9 hingga 10 tahun.

Beliau berkata 12 daripada mangsa telah dirawat di hospital akibat kecederaan, manakala lima yang lain mendapat rawatan pesakit luar.

Katanya kecederaan yang dilaporkan kebanyakannya membabitkan melecur di muka, mata dan patah jari tangan.

“JKNK memandang serius peningkatan kes kecederaan akibat bermain mercun di negeri ini. 

“Justeru, ibu bapa dinasihatkan agar sentiasa mengawasi anak-anak mereka agar tidak bermain mercun bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku,” katanya - Bernama