17 kes kebakaran hutan dilapor di Sipitang

2 Mar 2024 • 2:41 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

SIPITANG: Sebanyak 17 kes kebakaran hutan dilaporkan di daerah ini dari 19 Februari hingga Khamis melibatkan keluasan 150 ekar.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Calvin Joe Jeafery berkata lima kawasan utama terbabit pada Khamis iaitu Banting, Simpang Kuala Mengalong, Luagan, Sogip dan Long Kinangan.

Selain itu, kebakaran hutan juga berlaku di Tanjung Pagar, Kg Ulau, Kg Kuala Muaya, Jalan Sipitang-Tenom, Jalan Luagan, Jalan Samur, Jalan Sabah Forest Industries (SFI)(, Kampung Baru, Perumahan SFI, Kampung Banting, Kampung Pantai, Batu 7 Kampung Pantai dan Kg Long Kinangan.

Beliau berkata, bomba mengunakan tinjauan melalui bantuan Unit Dron Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah untuk memantau keadaan kebakaran setiap hari.

SPONSORED CONTENT Sabah's Mengalum for world’s first net ­zero carbon island resort Taiwan’s Sinyi Group is on track to unveil the world’s first unique net zero carbon island resort on Mengalum Island. . Read more Beliau mengulangi nasihat agar masyarakat menghentikan pembakaran terbuka kerana beberapa kediaman dan kampung berdepan suasana asap tebal akibat kejadian itu.

“Kejadian ini akan membahayakan rumah kediaman, kawasan perkampungan dan sekolah akibat kebakaran cepat merebak,” katanya.

Keadaan itu boleh mencetuskan jerebu yang boleh menjejaskan kesihatan orang ramai, selain menambah kemungkinan berlakunya kemalangan jalan raya kerana gangguan penglihatan, katanya.

Sementara itu, Pemimpin Pembangunan Masyarakat Sindumin, Wendey Agong Baruh menasihatkan penduduk Sipitang agar lebih berwaspada semasa musim kemarau ketika ini.

Beliau memantau kawasan kebakaran hutan di beberapa kampung pada Khamis, disertai oleh Pemaju Masyarakat Junaidah Makku dan kakitangan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Sindumin.

Kampung terjejas termasuk Kampung Banting, Kampung Pantai, Batu 7 Kampung Pantai dan Kg Long Kinangan. Beliau berkata, kejadian kebakaran ketika ini menyukarkan pihak bomba untuk memadamkannya kerana banyak lokasi terlibat.

“Jangan membakar sampah secara sembarangan tanpa pengawasan kerana ia boleh melarat ke kawasan sekitar,” katanya.

Beliau juga menasihatkan penduduk agar tidak membuang puntung rokok di merata tempat, khususnya di kawasan mudah terbakar seperti kawasan rumput dan hutan.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

View Original Article