18 Kematian Direkodkan, KKM ‘Haramkan’ Penjualan Ikan Buntal Di Pasaran Serta Merta

30 Mar 2023 • 2:31 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Berikutan tragedi kematian warga emas meninggal selepas menikmati hidangan ikan buntal

18 Kematian Direkodkan, KKM ‘Haramkan’ Penjualan Ikan Buntal Di Pasaran Serta Merta. Ikan buntal yang mengandungi toksin berbahaya sebenarnya tidak dibenarkan dijual, tegas Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Ini kerana, kata Ketua Pengarah Kesihatan itu, sebanyak 58 kes keracunan ikan buntal dilaporkan membabitkan 18 kematian yang direkodkan sejak 1985 hingga Mac tahun ini.

image is not available
18 Kematian Direkodkan, KKM ‘Haramkan’ Penjualan Ikan Buntal Di Pasaran Serta Merta. Kredit: Astro Awani

Ini penjelasannya

Dalam masa sama, jelas beliau, Seksyen 13 Akta Makanan 1983 telah menerangkan dengan secukupnya larangan penjualan mana-mana makanan yang mengandungi atau di atasnya apa-apa bahan yang beracun, berbahaya atau sebaliknya memudaratkan kesihatan.

“Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (FSQD), Kementerian Kesihatan (KKM) telah menghasilkan bahan pendidikan sebagai langkah meningkatkan kesedaran orang ramai berhubung toksin berbahaya dalam ikan buntal.

image is not available

“KKM akan terus mendidik orang ramai tentang keselamatan makanan termasuk bahaya memakan ikan buntal.

“Tinjauan yang telah dijalankan oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (FSQD), KKM pada tahun 2019 menunjukkan 86 peratus responden yang terdiri daripada orang awam, penjual ikan, nelayan dan tukang masak mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang bahaya pengambilan ikan buntal,” ujarnya.

Sebelum ini, media melaporkan seorang wanita maut manakala suaminya dimasukkan ke Unit Rawapan Rapi (ICU) Hospital Enche’ Besar Hajjah Kalsom (HEBHK) selepas makan hidangan ikan buntal di Johor Bharu.

Baca lagi artikel menarik: