18 lokasi tentera AS di Kuwait, Bahrain diserang - Iran

WorldPolitics
11 Jun 2026 • 11:08 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

18 lokasi tentera AS di Kuwait, Bahrain diserang - Iran

ISTANBUL, 11 JUN: Iran berkata pada awal Khamis, 18 lokasi utama tentera Amerika Syarikat (AS) di Kuwait dan Bahrain telah diserang dalam ketegangan yang kian memuncak, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Menurut Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC), sasaran termasuk pangkalan Ali Al Salem dan Ahmad Al Jaber di Kuwait, bersama pangkalan Sheikh Isa di Bahrain.

Secara berasingan, menurut tentera Iran, pihaknya telah menyasarkan sistem Patriot dan kemudahan komunikasi milik Armada Kelima AS di Bahrain.

Menurut IRGC, dron berani mati turut dilancarkan ke arah Armada Kelima AS sebagai tindak balas terhadap apa yang disifatkan sebagai serangan Amerika ke atas selatan Iran.

Ia menambah tentera Iran bersedia untuk menghadapi musuh "sehingga nafas terakhir" dan tidak akan berundur sehingga mereka dihukum.

-- BERNAMA-ANADOLU

TAG: Iran, AS, Kuwait, Bahrain