18 rumah di Meru terjejas banjir

29 Nov 2022 • 4:22 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anggota bomba menjalankan pemantauan di lokasi banjir kilat di Taman Meru Jaya, Jalan Kassim, Meru di sini pada Selasa.

KLANG - Sebanyak 18 buah rumah dinaiki air dalam kejadian banjir kilat di Taman Meru Jaya, Jalan Kassim, Meru di sini pada Selasa.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat hampir sejam dan longkang tersumbat.

"Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kapar dikejarkan ke lokasi kejadian pada jam 1.45 petang.

"Sebanyak 18 rumah dinaiki air akibat faktor hujan lebat luar jangka dan ditambah dengan masalah sistem perparitan," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Katanya, pemantauan dijalankan di lokasi bagi menjalankan sebarang tindakan selanjutnya.

"Pemantauan setakat ini mendapati paras air semakin menurun.

"Setakat ini tiada pemindahan dijalankan oleh pihak bomba," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved