
KUALA PENYU: Seramai 184 pelajar dari Malaysia, Brunei dan Indonesia menyertai program Stem Exploration Camp Kuala Penyu 2024 peringkat Antarabangsa di Sekolah Kebangsaan Pekan Menumbok baru-baru ini.
Program yang berlangsung selama tiga hari itu dianjurkan bersama Kerajaan Sabah, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Jabatan Pendidikan Sabah serta Pejabat Pendidikan Kuala Penyu.
AdvertisementTurut menjayakan program adalah tenaga pengajar daripada Institut Pendidikan Guru Kampus Kent dan Kampus Keningau, Universiti Malaysia Sabah serta Persatuan Guru Besar Malaysia (PGBM) Sabah.
Majlis perasmian penutupan yang diadakan secara gilang gemilang itu di sempurnakan oleh Dr Mohd Azam Ahmad, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Sektor Pembangunan Profesinalisme merangkap Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia.
SPONSORED CONTENT Shell Sabah Deepwater Production Manager Earns Unsung Hero Award Daily Express had the opportunity to interview Musti whose story reflects the power of determination and resilience. Read more Beliau mewakili Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek. Hadir sama Pengarah Pendidikan Sabah Datuk Raisin Saidin, Timbalan Pengarah Pendidikan Sabah Sektor Pembangunan Murid, Muddin Beting dan Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Penyu Dr Suntik Tuin.
Berucap merasmikan majlis itu, Mohd Azam berkata program Stem Exploration Camp antara pendekatan yang tepat pada masa ini dalam menyediakan generasi pelajar sejak awal lagi di sekolah Rendah dalam memupuk minat pelajar dalam bidang Sains, Teknologi dan kejuruteraan sebelum melangkah ke peringkat sekolah menengah kelak.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Katanya, negara amat memerlukan lebih ramai tenaga mahir pada masa ini juga akan datang terutama dalam bersaing dengan kemajuan sains dan teknologi yang semakin berkembang pesat di seluruh dunia.
Sementara itu, Yang Dipertua PGBM Sabah, yang juga Guru Besar SK Pekan Menumbok merangkap pengelola program berkata, jalinan kerjasama dan sokongan penuh kerajaan negeri, khususnya Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi khususnya Menterinya Datuk Dr Haji Ariffin Arif, memajukan bidang pendidikan di negeri ini termasuk memberikan bantuan dana kewangan.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Kami menghargai usaha Kerajaan Sabah dalam memperkenalkan pelbagai program dan insentif yang bertujuan untuk memperkasakan pendidikan, seperti Bagus, Bisbah, Bistari, Budi, Baik, SUBFLY, Balkis, Bantu dan sebagainya.
“Kita yakin usaha ini memberikan manfaat kepada pelajar dan masyarakat keseluruhannya” katanya.
Program dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti, antaranya sesi ceramah Stem, Pameran Inovasi Stem, Perkongsian Pintar Inovasi Stem sekolah-sekolah sekitar negeri ini, selain persembahan budaya antara tiga negara dan penyampaian sijil pengiktirafan penyertaan kepada pelajar dan guru serta para penceramah jemputan.
