188,102 suri rumah mencarum dalam SKSSR

30 Sep 2023 • 3:36 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

BENTONG: Seramai 188,102 suri rumah telah mencarum di bawah Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) sehingga 24 Sept lepas, kata Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar.

Beliau berkata jumlah itu merangkumi 166,666 suri rumah daripada keluarga B40 dengan bayaran carumannya dibiayai kerajaan manakala selebihnya iaitu 21,436, melibatkan permohonan caruman sukarela.

"Selain itu, mengikut pecahan negeri, seramai 6,636 pencarum SKSSR direkodkan di Pahang," katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Karnival Kerjaya MyFutureJobs bersama Majlis Hal Ehwal Wanita dan Keluarga UMNO Malaysia (Hawa) di Felda Chemomoi, di sini hari ini.

Program berkenaan disempurnakan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan dihadiri Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail serta Pengerusi Hawa Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.

SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more Menyentuh mengenai karnival kerjaya hari ini yang bertujuan untuk menurunkan kadar pengangguran, beliau berkata ia merupakan karnival ketiga selepas Pulau Pinang dan Selangor yang menyediakan sebanyak 1,168 peluang pekerjaan menerusi 18 majikan antaranya daripada sektor pembuatan, perkhidmatan, kewangan dan insurans.

"Pencari kerja terutama belia Felda berpeluang meninjau dan memilih untuk menghadiri temu duga dengan mana-mana majikan daripada pelbagai industri dan sektor yang ada. Program ini diteruskan dengan usaha libat urus bagi memperluaskan platform kepada masyarakat Felda untuk mendapatkan perkhidmatan kebolehpasaran, pemprofilan dan peningkatan kemahiran," katanya.

Sivakumar berkata kadar pengangguran mencatatkan pola mereda dan berada di tahap 3.4 peratus setakat Julai lepas, berbanding 3.7 peratus untuk tempoh sama tahun lepas.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.