19 hari, Mat Kilau kutip 71 juta, ustaz dedah amalan Syamsul Yusof dimurahkan rezeki

Entertainment
12 Jul 2022 • 5:18 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

SELAMA 19 hari di pawagam, filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan berjaya meraih kutipan RM71 juta. Pendakwah mendedahkan amalan pengarah, Syamsul Yusof dimurahkan rezeki.

Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan adalah filem yang diilhamkan dari tokoh epik sejarah, Mat Kilau yang telah berjuang menentang penjajah British di Pahang sebelum kemerdekaan itu.

Mat Kilau telah ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula semalam, 23 Jun 2022 kini muncul sebagai filem tempatan yang mencatat kutipan tertinggi.

Pendakwah dan pensyarah kanan, Prof Madya Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim memberikan ucapan tahniah atas pencapaian Syamsul.

image is not available
Kredit foto: Facebook Dr Mohd Izhar Ariff

Dalam pada itu, beliau turut berkongsi keperibadian pengarah muda itu kepada umum.

“Tahniah Syamsul Yusof. Munafik 1 RM19.04 juta (hantu tutup aurat), Munafik 2 RM48 juta (hantu tutup aurat) dan Mat Kilau : RM71 juta setakat 11 Julai 2022.

“Buktinya, lakonan yang ‘seksi’ dan ‘seksa’ tidak menjamin kejayaan sebuah filem atau drama. Jadi buat apa hendak buka aurat?

“Kita yang rugi sebab dapat dosa kemudian filem pun tidak meletup sebab mak bapak tidak nak bagi anak-anak tengok filem yang merosakkan moral anak-anak.

“Filem hebat akan terhasil daripada sebuah kajian yang hebat. Tidak rugi melabur untuk kajian. Ketiga-tiga filem di atas semuanya hasil kajian yang dilaburkan oleh Syamsul Yusof,” dedahnya.

image is not available
Kredit foto: Instagram Syamsul Yusof

Selain itu, Dr Mohd Izhar Ariff turut mendedahkan amalan yang dilakukan Syamsul.

“Syamsul dikenali sebagai seorang penerbit yang menjaga solat. Maka tidak pelik ALLAH murahkan rezekinya.

“Namun sebagai manusia beliau tetap diuji kerana itu fitrah seorang hamba. Ustaz doakan masalah yang menimpa dipermudah Insya-ALLAH dari Tanah Suci ini,” titipnya.

image is not available
Kredit foto: Instagram Syamsul Yusof

Filem epik itu sedang ditayangkan di pawagam ketika ini. Ia dibintangi nama-nama besar seperti Datuk Adi Putra sebagai Mat Kilau dan Beto Kusyairy sebagai Wahid manakala aktor Fattah Amin memegang watak Awang.

Mat Kilau turut membariskan pelakon hebat seperti Datuk Jalaludin Hassan, Ellie Suriaty, Johan Asa’ri, Mubarak Majid dan Wan Hanafi Su.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.

View Original Article