19 kakitangan MDSB terima anugerah cemerlang

1 Jun 2023 • 1:00 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

Oleh AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 1 JUN: Seramai 19 kakitangan Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2022 di Dewan Seri Bernam, Sungai Besar kelmarin.

Pembantu tadbir Bahagian Pelesenan, Murad Mohamed pula dipilih sebagai Tokoh Pekerja sementara tiga kakitangan yang berkhidmat selama 35 tahun dan tiga lagi yang telah bersara turut menerima penghargaan.

MDSB juga mewujudkan Anugerah Khas Yang Dipertua untuk 53 kakitangan yang terlibat kerja produksi, busker dan koir yang disampaikan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Mohamad Zahri Samingon.

Penerima anugerah membawa pulang sijil simpanan premium (SSP) Bank Simpanan Nasional (BSN) bernilai RM1,000, sijil penghargaan. Manakala tokoh pekerja mendapat insentif Tabung Haji (RM500) dan baucar peranti pintar.

Yang Dipertuanya Azman Dahlan berkata anugerah itu bagi menghargai kakitangan dan pegawai yang memberikan perkhidmatan cemerlang serta membudayakan kerja berprestasi dan berinovasi tahun lalu.

“Penganugerahan ini diharap dapat mendorong semua kakitangan agar menunjukkan komitmen dan dedikasi dalam melaksanakan atau menghasilkan prestasi kerja cemerlang,” katanya.